29th SEA Games KL2017 Cycling Basikal Criterium - Mohd Harrif Saleh(right) & Mohd Zamri Saleh
Pelumba professional Mohd Hariff  Salleh meraih emas manakala abangnya Zamri Salleh meraih gangsa dalam saingan berbasikal Lelaki Kriterium di temasya Sukan SEA KL2017.

SAINGAN berbasikal lebuhraya (Kriterium) lelaki di Putrajaya menyaksikan Mohd Harrif Salleh mempertahankan pingat emas yang dimenanginya ketika di Sukan SEA, Singapura dua tahun lalu.

Pada saingan kriterium sejauh Sembilan pusingan itu, Hariff, dengan dibantu kuat rakan sepasukan, mengetepikan kecederaan pinggang yang dialami seblum ini untuk melepasi penamat pada kedudukan pertama dalam amasa 0:59.35s untuk emas berbasikal pertama negara.

Tambah manis, kejayaan abangnya Zamri Saleh meraih gangsa melengkapkan misi menepati sasaran sekurng-kurangnya 13 pingat emas dari berbasikal termasuk dari acara trek.

“Saingan memang sengit sebaik permulaan tetapi, sokongan dan kerja kuat dari rakan sepasukan memang terbaik,” kata Hariff.

“Thailand dan Filipina bergabung melakukan breakaway dan serangan, tetapi hasil kerjasama rapat sesama pelumba, kami berjaya mengekang percubaan mereka,” kata beliau.

29th SEA Games KL2017 Cycling Basikal Criterium - Mohd Harrif Saleh(left) & Mohd Zamri Saleh
Pelumba professional Mohd Hariff Zamri(kiri) bersama abangnya Zamri Saleh.

Kecederaan pinggang yang dialami tiga minggu lalu tidak menghalang usaha Hariff yangkini memasang impian melengkapkan kejayaan dalam acara lepas beramai-ramai individu.

“Memenangi emas yang pertama memang amat penting untk memotivasikan diri dan pasukan. Ia membuatkan saya lebih yakin.

Terima kasih kepada Institut Sukan Negara yang membantu memulihkan kecederaan saya. Saya risau awalnya kerana takut tidak dapat berlumba,” kata beliau lagi.

29th SEA Games KL2017 Cycling Basikal Criterium Podium Men - Winner - Mohd Harrif Saleh

Hari ini (Selasa 22 Ogos), dua emas lagi menjadi pertaruhan iaitu dalam acara Ujian Masa Berpasukan Lelaki dan Lepas Beramai-ramai Wanita Individu.

- Advertisement -