Menjelang Sukan SEA di Kemboja minggu depan, skuad pecut wanita negara menjuarai acara 4x100m di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura.

Berdepan dengan pelari dari Singapura dan Thailand pada aksi akhir, pelari negara terdiri daripada Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling, dan Nur Afrina Mohamad Rizal menamatkan saingan dengan catatan masa 45.7 saat untuk merangkul pingat emas.

Singapura terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan catatan masa 45.82 saat, manakala pasukan Thailand meraih gangsa selepas mencatat masa 46.06 saat.

- Advertisement -