kuching.fa

Oleh Ku Mohd Lufti

Kuching FA dinobat sebagai juara edisi pertama Liga Bolasepak Rakyat (LBR) selepas menundukkan Padang Besar FA 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.

Kuching FA mendahului 2 gol dalam tempoh 10 minit menerusi Mohd. Izzudin Jahidin (minit pertama) dan Sufizal Ismail (minit ke-10).

Namun Padang Besar bangkit mengurangkan defisit gol 1-2 sebelum tamat babak pertama menerusi gol Helmi Mohd Kassin di minit ke 33.

Giliran Padang Besar mendominasi perlawanan di babak kedua untuk menyamakan kedudukan sekaligus member tekanan ke atas Kuching FA.

Kealpaan Padang Besar mengasak kubu lawan bagaimanapun membuka ruang kepada Kuching FA untuk meledak gol menerusi rembatan padu Mohd. Shahfitri Salem dalam kotak penalti ketika perlawanan berbaki 10 minit sekaligus meletakkan Kuching FA selesa dengan 3-1.

Sekaligus menutup sisa perjuangan Padang Besar untuk menyamakan kedudukan memastikan trofi edisi pertama Liga Bolasepak Rakyat milik Kuching FA.

Selaku juara, Kuching FA membawa pulang hadiah RM100,000, manakala naib juara, Padang Besar meraih RM75,000.

- Advertisement -