Warga Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima kunjungan hormat Penaung, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin ke pusat kecemerlangan badminton Negara, Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

ā€œMewakili warga BAM saya melafazkan syukur dan terima kasih kepada Datin Sri Muhaini yang sudi meluangkan masa untuk mengenali sistem yang ada di dalam ABM.

ā€œSesi lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kapda Datin Sri Muhaini untuk melihat sendiri perkembangan semasa, mendengar taklimat dan info terkini melibatkan kem badminton kebangsaan selain memberi ruang kepada Datin Sri untuk menyampaikan kata dua kepada barisan jurulatih dan pemain pemain serta seluruh keluarga BAM.

ā€œWarga BAM sentiasa bekerja keras untuk memartabatkan sukan badminton sebagai sukan nombor satu negara ketika ini. Malah, bukan sahaja diri saya, tetapi semua yang hadir pada petang ini pastinya mahu mendengar sendiri kalimah nasihat, pandangan, idea dan harapan daripada Penaung Persatuan Badminton Malaysia untuk kami jadikan sebagai panduan dalam meneruskan dan mempertingkatkan kecemerlangan sukan ini,ā€ kata Tan Sri Datoā€™ Sri (Dr) Mohamad Norza Zakaria.

Ketibaan Datin Sri Muhaini disambut barisan kepimpinan tertinggi BAM yang diketuai Tan Sri Datoā€™ Sri (Dr) Mohamad Norza.

Datin Sri Muhaini kemudiannya menerima sejambak bunga sebagai tanda selamat datang daripada barisan pemain-pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa, Myisha Mohd Khairul dan Go Pei Kee.

Beliau kemudiannya dibawa melawat ke beberapa lokasi yang ada di dalam ABM dengan pematuhan SOP yang ketat bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Datin Sri Muhaini kemudiannya diberikan taklimat tentang sistem operasi dan perancangan BAM sebelum dibawa ke auditorium untuk menyampaikan amanat kepada barisan pemain, kejurulatihan dan staf BAM.

Turut hadir antaranya Timbalan Presiden BAM I, Datuk V Subramaniam dan Timbalan Presiden BAM II, Datoā€™ Sri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

- Advertisement -