Oleh Ku Mohd Lufti

Saingan temasya Sukan SEA ke 29 yang akan bermula pada Ogos, memperlihat persiapan rapi pasukan Laos untuk memperbaiki kedudukan berbanding di Sukan SEA ke 28 pada 2015.

Laos menamatkan saingan Sukan SEA 2015 di Singapura ditempat ke 9 dengan 4 pingat perak, 25 pingat gangsa.

Naib Setiausaha Majlis Olimpik Laos, Kasem Inthara menjelaskan, negaranya mahu memperbaiki kedudukan itu di Sukan SEA ke 29 yang akan bermula dari 19 hingga 31 Ogos depan.

“Kami akan cuba yang terbaik untuk berada di antara kedudukan ke 7 atau 8 keseluruhan bagi tahun ini,”Kata Kasem.

Fokus utama kontinjen Laos adalah dalam acara seni mempertahankan diri yang dilihat sebagai salah satu prospek utama untuk meraih pingat.

“Kami fokuskan terhadap persiapan dalam acara Muay, karate, dan taekwondo. Kami tahu sukan muay mungkin di dominasi oleh Thailand, tetapi kami akan cuba bersaing.

Begitu juga dengan sukan lain terutamanya bolasepak kerana banyak negara yang kuat termasuk Malaysia,”katanya lagi.

Temasya Sukan SEA ke 29 melibatkan 38 jenis sukan dan 405 acara.

Dalam persiapan Laos untuk mengharungi Sukan SEA ke 29, mereka turut diberi penghormatan untuk menjadi penganjur bagi Larian Baton Bangkit Bersama yang berlangsung pada Sabtu di sekitar bandar Vientienne,

Laos menjadi negara ketiga selepas Brunei Darussalam dan Filipina.

- Advertisement -