Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengetuai lima wakil negara yang meneruskan cabaran ke peringkat kedua Terbuka Denmark selepas menewaskan lawan masing masing di pusingan pertama semalam.

Zii Jia turun menentang wakil Taiwan Wang Tzu Wei bagaimanapun dipaksa bekerja bekerja keras apabila tewas 12-21 di set pertama.

Beliau kemudiannya bangkit di dua set berikutnya 21-9, 21-18 sekaligus bakal berdepan dengan seorang lagi wakil negara, Liew Darren hari ini.

Liew Darren dalam pada itu melakar kemenangan straight set 21-18, 23-21 ke atas wakil tuan rumah Hans-Kristian Solberg Vittinghus.

Bergu lelaki yang juga pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas menang straight set ke atas pasangan dari Belanda Ruben Jille-Ties Van Der Lecq 21-17, 21-9 dan kan berdepan gandingan dari Jepun Akira Koga-Taichi Sato.

Gandingan bergu profesional negara, Ong Yew Sin – Teo Ee Yii juga mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas lawan mereka Joel Eipe – Rasmus Kjær menarik diri akibat kecederaan di penghujung set kedua.

Ong Yew Sin – Teo Ee Yii 21-12 di set pertama dan terikat 18-18 di set kedua.

Dalam pada itu, bergu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara ke pusingan kedua selepas gandingan Hee Ji Ting – Li Xuan Xuan juga menarik diri diawal set pertama.

Nasib berbeza dialami satu lagi bergu lelaki negara, Goh V Shem yang membuat penampilan sulung dengan gandingan baharunya Low Juan Shen tewas kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin 21-14, 21-18.

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga turut tersingkir apabila tewas kepada Chang Tak Ching-Ng Wing Yung dari Hong Kong 21-17, 21-19.

Terdahulu, dua lagi wakil negara dalam acara bergu telahpun mengesahkan slot ke pusingan kedua; Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang akan berdepan Ko Sung Hyun – Eom Hye Won dari Korea Selatan sementara Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani akan menentang pilihan ketujuh dari India Satwiksairaj Rankireddy – Chirag Shetty.

 

 

- Advertisement -