Pemain perseorangan perempuan bawah 16 tahun Selangor, Eng Ler Qi mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua berturut turut selepas muncul juara Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua kumpulan A.

Ler Qi yang juga juara ketika Pusingan Pertama Kumpulan A pada Mei lalu menepati ramalan untuk muncul juara dalam aksi final menentang wakil Melaka, Shaneesa Shahidi straight set 21-12, 21-16 dalam masa 45 minit.

Beliau meraih kejuaraan berganda di kejohanan yang berlangsung di Akademi Badminton Perak hari ini selepas turut muncul juara dalam acara bergu perempuan bawah 16 tahun.

Gandingannya bersama sama Shan Lee Yu mudah menundukkan rakan seperjuangan, Chow Hui Er – K Reesha straight set 21-17, 21-14.

“Saya telah bermain dengan lebih tenang dan kawal cara serangan sepanjang perlawanan. Sudah tentu gembira dapat pertahan kejuaraan untuk kali kedua tetapi juga perlukan latihan terutama permainan di jaring,”kata Ler Qi

Sementara itu, aksi perseorangan lelaki bawah 16 tahun diungguli Shawn Hiu dari Selangor yang menundukkan Yap Chun Sin 22-20, 21-8.

“Saya agak gemuruh diawal set dan banyak melakukan kesilapan dan dibantu dengan beberapa pukulan bertuah. Di set kedua lawan semakin perlahan dan saya manfaatkan peluang ini.

“Kemenangan ini saya tujukan kepada ahli keluarga, barisan kejurulatihan yang sentiasa menyokong sepanjang kejohanan,”kata Shawn

Perak selaku tuan rumah turut meraih satu pingat emas menerusi bergu lelaki yang dimenangi oleh Fan Jing Xuan – Muhd Al-Imran Jasni selepas menang ke atas rakan sepasukan, Loh Chee Kiat – Rex Ng Man Hei 21-16, 21-16.

“Kami cuma bermain sahaja dan tidak merasakan tekanan walaupun bermain ditempat sendiri dan berlawan dengan rakan seperjuangan.

“Kami baru digandingkan seminggu sebelum kejohanan ini bermula dan kami hanya berlatih untuk hadapi kejohanan ini,”kata Al Imran.

Aksi final bagi bawah 14 tahun turut menyaksikan perseorangan perempuan Teh Xin Ying (K Lumpur) meraih kejuaraan berganda sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya ketika 100PLUS JET Pusingan Pertama Kumpulan A pada Mei lalu.

Xin Ying mempertahankan kejuaraan perseorangan perempuan selepas menundukkan rakan sepasukan yang juga pilihan kedua, Teoh Sue Mei 21-8, 21-10.

Gandingan Teh Xin Ying bersama sama Wong Au Mei sekali lagi cemerlang apabila menghadiahkan kejuaraan kedua selepas menang ke atas pilihan kedua dari Selangor, Chan Zhi Xuan Annabelle – Lim Yew Ern dengan keputusan 21-9, 21-15

“Saya bermain secara selamat dan tunggu lawan untuk melakukan kesilapan. Saya juga cuba kawal agar tidak terlalu tertekan.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan yang dicapai dan akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi selepas ini terutama kekuatan fizikal dan mental,”kata Xin Ying

Perseorangan lelaki bawah 14 tahun menjadi milik pemain Selangor Tiew Yi Cheng yang menundukkan Wan Muhd Darwisy Wan Hadelee 17-21, 21-14, 21-19 selepas bertarung selama 54 minit.

Yi Cheng sekali lagi cemerlang apabila meraih kejuaraan kedua selepas gandingannya bersama sama Tiew Wei Jie menang ke atas Darwisy dan Muhd Sahreezwan Shahidi (Melaka) 21-13, 21-12.

Perseorangan lelaki bawah 12 tahun diungguli Khairul Azlan Khashah (Kelantan) yang menundukkan Murali Desan Vishnu Adittya 21-12, 21-19 manakala perseorangan perempuan milik Siti Nor Amina Abdullah (Selangor) yang mengatasi rakan sepasukan, Ho Wen Jie 21-12, 21-16.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Johari Sham Ahmad Shohor Affendi dan Timbalan Pengurus Pemasaran Negeri F&N, Muhammad Tabii Shamsudin

Kesemua 14 negeri dipecah kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi 100PLUS JET Pusingan Kedua, negeri Kedah akan menjadi tuan rumah bagi kumpulan C sementara Perak akan menjadi hos bagi aksi melibatkan empat negari yang berada di dalam kumpulan A sementara N Sembilan menjadi hos melibatkan aksi kumpulan B.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi Pusingan 1, Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C telah berlangsung dari 11 hingga 15 Mei lalu.

Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun lelaki dan wanita.

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN – AKHIR

Bawah 12 Tahun

Perseorangan lelaki

Khashah Khairul Azlan – Murali Desan Vishnu Adittya 21-12, 21-19

 

Perseorangan perempuan

Siti Nor Amina Abdullah – Ho Wen Jie 21-12, 21-16

 

Bergu lelaki

Ng Haotong – Wong Yin Heng LWN Murali Desan Vishnu Adittya – Tze Han Wong 21-17, 17-21, 21-14

 

 

Bergu perempuan

Siti Nor Amina Abdullah – Tham Ann Qi Eva LWN  Nur Sofia Aliyah Ismanazir – Wong Yin Xuen Kiera – 23-21, 21-14

Bawah 14 Tahun

Perseorangan lelaki

Wan Muhammad Darwisy Wan Hadelee – Tiew Yi Cheng 17-21, 21-14, 21-19

 

Perseorangan perempuan

Xin Ying Teh – Sue Mei Teoh 21-8, 21-10

 

Bergu Lelaki

Tiew Wei Jie – Tiew Yi Cheng LWN Muhamad Sahreeezwan Shahidi – Wan Muhammad Darwisy Wan Hadelee 21-13, 21-12.

 

Bergu Perempuan

Wong Au Mei – Xin Ying Teh LWN Chan Zhi Xuan Annabelle – Lim Yew Ern 21-9, 21-15

 

Bawah 16 Tahun

Perseorangan Lelaki

Shawn Hiu  – Yap Chun Sin 22-20, 21-8

 

Perseorangan Perempuan

Eng Ler Qi – Shaneesa Shahidi 21-12, 21-16

 

Bergu Lelaki

Fan Jing Xuan – Muhd Al-Imran Jasni  LWN Loh Chee Kiat – Rex Ng Man Hei 21-16, 21-16

 

Bergu Perempuan

Eng Ler Qi – Shan Lee Yu LWN Chow Hui Er – Kumaresan Reesha 21-17, 21-14

- Advertisement -