#SOP ketat untuk pastikan kelancaran kejohanan

SAINGAN TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2021 akan menyaksikan saingan tujuh pasukan dalam Divisyen 1 selepas penarikan diri pasukan SSMS Resilient dari kejohanan yang dijadual bermula 11 Disember ini.

Skuad dari Sabah itu menarik diri ekoran kekangan kewangan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Dato’ Seri Dr Anil Jeet Singh, pada siding media di sini Bukit Jalil.

Penarikan skuad SMSS Resilient dari kejohanan itu bagaimanapun tidak menjejaskan jadual dan format pertandingan yang tetap berlangsung seperti dijadualkan, kata beliau.

Pasukan yang sah menyertai saingan musim ini termasuk AHP-SSP-MS-Thunderbolts, Anderson Thunderbolts, BJSS Thunderbolts, MBPJ Tigers, SMKDBHL PHJ-MSNJ, SSTMI Jr dan SSTMI Thunderbolts.

Saingan Divisyen 2 pula dibahagikan kepada Divisyen 2A dan 2B dengan masing-masing terdiri dari lapan pasukan.

Saingan bermula dari Sabtu, 11 Disember dan berakhir 30 Disember.

Dato’ Sri Anil berkata kesemua pengurus pasukan telah pun diberikan taklimat khusus mengenai pelbagai Prosedur Operasi Standard yang perlu dikuti sepanjang berlangsungnya kejohanan.

“Kita amat prihatin dengan SOP sepanjang kejohonan kerana mahu mengelak berlakunya y sebarang kes berkaitan Covid-19 terutama dengan kemunculan varian baru. Semua pengurus mesti ambil tanggungjawab memaklumkan kepada pasukan dan pemain untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MHC,” katya beliau.

Pihak MHC sudah melakukan persiapan awalnya sekiranya berlaku sebarang jangkitan positif, kata beliau.

“Harapan kami agar kejohanan berlangsung tanpa sebarang insiden sehingga hari terakhir,” kata beliau.

Beliau juga melahirkan harapan untuk menyaksikan saingan LHRM dan lain-lain kejohanan anjuran MHC dapat dianjurkan mengikut suasana pertandingan yang normal seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Sekiranya keadaan kembali normal,kita akan kembali menganjurkan pertandingan seperti sebelumnya dan pada tarikh-tarikh yang sesuai,” kata beliau.

Mengenai Kejohanan Liga Hoki dalam Dewan (Lelaki & Wanita), Dato’Sri Anil mengesahkan penarikan diri pasukan UitM di atas alasan tersendiri.

Kejohanan berlangsung dari 11 hingga 19 Disember di UPSi Tanjong Malim dengan format liga.

Lapan pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita akan bermain dalam liga berkenaan yang juga dianjurkan mengikut Prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam mana-mana kejohanan sukan.

Pasukan lelaki dibarisi Terengganu Hockey Team, ATM, ATM JLJD, DBKL HT, QNET Phoenix, Perlis Mighty Lion, Silversticks an KPT-MASUM.

Manakala saingan wanita menampilkan Mutiara Impian-MSSPP-PSHA, Wipers, CS Mustang, DBKL HT, BNHC KL dan MOHC.

- Advertisement -