Saingan Liga Juara Juara Eropah dan Liga Europa berkemungkinan akan disambung pada Ogos bagi melengkapkan musim 2019/2020.

UEFA sebelum ini memaklumkan kepada 55 ahli gabungan kemungkinan untuk menyambung semula saingan liga diantara bulan Jun, Julai dan Ogos.

Namun, perbincangan terkini diantara ahli gabungan yang menjangkakan saingan liga domestik akan tamat penghujung bulan Julai disusuli saingan Liga Juara Juara dan Liga Europa akan bersambung.

Tiada kata putus daripada UEFA berhubung situasi ini dan ia dikatakan masih di dalam peringkat perbincangan dan belum mendapat kata putus memandangkan ada beberapa negara yang masih mengenakan sekatan perjalan diantara sempadan negara susulan pandemik Covid 19.

 Khabar angin juga bertiup saingan suku akhir dan separuh akhir yang lazimnya berlangsung secara timbal balik akan diadakan menerusi sistem one off atau satu perlawanan sahaja.

Saingan liga domestik di Eropah; Liga Perdana Inggeris masih berbaki sembilan perlawanan untuk ditamatkan sementara di Itali dan Sepanyol masih berbaki 11 atau 12 lagi perlawanan.

Aksi final Liga Juara Juara dijadual berlangsung di Istanbul, Turki sementara final bagi Liga Europa akan dilangsungkan di Gdansk, Poland.

- Advertisement -