Saingan liga domestik Perancis tidak akan disambung sekaligus dibatalkan bagi musim ini susulan pandemik Covid 19 yang melanda negara itu

Setakat ini, lebih 165 ribu kes positif dilaporkan di negara itu dan 23 660 kematian direkodkan, malah Perancis berada di kedudukan keempat tertinggi kes Covid 19 selepas Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Organisasi yang mengendalikan liga Perancis, Ligue de Football Professionnel (LFP) terpaksa akur untuk membatalkan baki 10 lagi perlawanan bagi saingan Ligue 1 dan Ligue 2.

Malah, kesemua yang terlibat kini pening kepala untuk mencari jalan penyelesaian berkenaan kejuaraan, pasukan yang dinaik taraf ke liga utama dan yang tersingkir ke divisyen bawah.

Ahli lembaga LFP akan bertemu esok untuk mengkaji kesan terhadap sukan dan ekonomi selepas Perdana Menteri, Edouard Philippe mengumumkan liga bolasepak bagi musim 2019-2020 tidak akan diteruskan.

Rata rata pengurusan pasukan termasuk Kesatuan Pemain Profesional Perancis bersetuju dengan keputusan yang diumumkan oleh Philippe kerana keutamaan ketika ini adalah kesejahteraan orang awam.

Liga domestik Perancis sepatutnya bersambung pada 17 Jun namun kerajaan tidak memberi keberanaran.

LFP juga perlu menetapkan pasukan mana yang akan saingan Liga Juara Juara dan Liga Europa.

UEFA turut memberi cadangan untuk mengadakan perlawanan secara tertutup iaitu tanpa penyokong, namun ia hanya berlaku pada musim 2020-2021yang sepatutnya bermula pada 7 Ogos.

 

 

- Advertisement -