2016 Kejohanan Ragbi Asia - Pasukan Malaysia -001

Oleh Ku Mohd Lufti

Pasukan ragbi Malaysia melahirkan rasa keyakinan untuk mengekalkan kedudukan dalam saingan Divisyen 1 di Kejohanan Ragbi Asia bagi tahun 2016.

Jurulatih skuad kebangsaan, Lee Nyuk Fah melihat saingan dalam divisyen 1 tampak tidak terlalu sukar buat anak didiknya.

“Setiap perlawanan kami perlu anggap sebagai perlawanan terakhir. Pasukan yang menduduki tempat tercorot akan tersingkir ke divisyen 2. Oleh itu kami perlu berada di kedudukan tiga teratas andai mahu kekal bermain di divisyen 1.” Kata Lee Nyuk Fah.

Malah, Lee Nyuk Fah tidak menolak peluang untuk Malaysia dinaiktaraf ke saingan Premier andai mampu menjuarai kumpulan divisyen 1.

Salah satu pemain yang menjadi sandaran dalam skuad Malaysia adalah K Dineshwaran yang beraksi di luar negara.

Dineshwaran melihat saingan sengit mungkin datang dari Sri Lanka yang dilihat mempunyai kelebihan dari aspek kerjasama.

“Kebanyakkan pemain Sri Lanka sudah bermain bersama sama sejak 2010 dan bermain di liga profesional. Malaysia turun dengan gandingan pemain lama dan baru dan beraksi di liga amatur dan semi pro. Apapun kami perlu berikan yang terbaik kerana peluang untuk berada di Divisyen 1 bukan mudah.”

Dalam saingan divisyen 1, Selain Malaysia, turut sama beraksi di Kejohanan Ragbi Asia adalah Filipina, Singapura, dan Sri Lanka.

Malaysia dilabel sebagai pasukan ketiga terbaik, menduduki ranking ke 58 dunia, dibelakang Filipina yang berada di ranking 53 dunia dan Sri Lanka, ranking ke 39 dunia, sementara Singapura di kedudukan 59 dunia.

Kejohanan akan berlangsung dari 8 hingga 14 Mei di Bukit Kiara.

- Advertisement -