Terengganu Turtles terus meratapi nasib malang setelah kecundang buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Sepaktakraw League (STL) Premier, kali ini di tangan Selangor Pistons dalam aksi yang berlangsung pada Sabtu di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya. Ā 

Tanpa seorangpun pemain simpanan berikutan kecederaan empat pemain tonggak termasuk Zulkifli Razak dan Hanafiah Dollah, Terengganu Turtles yang membariskan Irsyad Faiz Aziz diapit oleh Azwan Muhrim dan Ridaudin Ghani bermula dengan langkah kanan setelah menang set pertama 21-19.

Begitupun, Selangor Pistons yang menurunkan trio Azman Hamid-Muqlis Borhan-Norshahrudin Ghani bangkit memenangi set kedua 21-15 sebelum mengesahkan kemenangan 2-1 dengan memenangi set ketiga 21-17. Ā Ā 

Jurulatih Terengganu Turtles, Abu Bakar Yassin berkata, ā€œIni yang boleh kita berikan dengan bilangan pemain yang kita ada. Kita hanya bawa tiga pemain berikutan masalah kecederaan dan perlu teruskan satu lagi aksi pada Ahad dengan pemain yang sama ini. Ia bukan sesuatu yang mudah buat kita.

ā€œApa yang terserlah pada perlawanan ini adalah pemain gagal mengekalkan fokus dan banyak buat silap ketika menerima bola servis (drop ball) dari tekong lawan, kita tidak bertahan dengan baik, jadi kita akan cuba perbaiki kesilapan ini dan bangkit semula.ā€Ā  Ā Ā 

Kekalahan keempat secara keseluruhan buat Terengganu Turtles dalam saingan STL musim ini menyaksikan cengkaman mereka di kedudukan kedua semakin goyah tatkala kemenangan keempat buat Selangor Pistons menyalakan peluang mereka untuk memecah masuk ke kelompok tiga teratas.

Terengganu akan menutup aksi minggu kelima STL pada Ahad dengan menentang Johor Tigris manakala Selangor Pistons pula akan berdepan dengan Kuala Lumpur Thunder.

Sementara itu, aksi Divisyen Satu menyaksikan Pahang Mammoth mencatat kemenangan kelima berturut-turut dengan menewaskan Sarawak Hunters 2-0 (21-11, 22-20) manakala Perlis Vipers mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan Labuan Drillers 2-1 (15-21, 21-14, 21-13).

Negeri Sembilan Antlers pula dikejutkan dengan kekalahan 1-2 (19-21, 22-20, 12-21) kepada Kedah Eagles, Melaka Titans menewaskan PSM Knights 2-0 (21-13, 21-18) dan PDRM Defenders mencatat kemenangan keempat dengan menewaskan Sabah Mountaineers 2-0 (21-9, 21-13). – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Keputusan (Sabtu, 28 Oktober) :

STL Premier : Selangor Pistons mng Terengganu Turtles (2-1; 19-21, 21-15, 21-17)

Divisyen Satu : Pahang Mammoth mng Sarawak Hunters (2-0; 21-11, 22-20), Perlis Vipers mng Labuan Drillers (2-1; 15-21, 21-14, 21-13), Kedah Eagles mng Negeri Sembilan Antlers (2-1; 19-21, 22-20, 12-21), Melaka Titans mng PSM Knights (2-0; 21-13, 21-18), PDRM Defenders mng Sabah Mountaineers (2-0; 21-9, 21-13).

- Advertisement -