mncfOleh Ku Mohd Lufti

Meskipun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menyatakan secara jelas tentang Seksyen 33, Akta Pembangunan Sukan untuk mendapatkan kebenaran daripada menteri andai mahu menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah bagi sesuatu acara atau kejohanan bertaraf antarabangsa, masih ada pihak yang seakan akan mempertikaikannya.

Menerusi kenyataan media, Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh merasakan PKBM tidak melanggar akta tersebut.

“Saya percaya selepas pembacaan teliti Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997, dan ikut apa yang kami faham, PKBM tidak melanggar Akta Pembangunan Sukan.” kata Datuk Amarjit.

Baru baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan menjalankan siasatan ke atas PKBM kerana didapati melanggar Akta Pembangunan Sukan.

Malah Khairy mengesahkan tiada surat diterima daripada PKBM samada daripada pejabatnya mahupun Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman tentang hasrat untuk membida menjadi tuan rumah ACC 2018.

Selain itu, Datuk Amarjit seakan akan akan kecewa dan mahu mengadakan perbincangan dengan PKBM untuk menarik balik hasrat untuk menjadi penganjur ACC 2018.

“Saya akan minta MNCF untuk menulis kepada ACC tentang hal ini dan hak penganjuran boleh diberikan kepada salah satu negara yang telah membida iaitu Thailand atau Korea Selatan,” katanya lagi.

Tidak dinafikan niat PKBM dan Persatuan Berbasikal Perak (PCA) adalah baik untuk menganjurkan kejohanan dilaman sendiri sebagai penyuntik semangat buat pelumba pelumba trek negara.

Namun, memetik kembali peraturan daripada kelayakan Olimpik Rio 2016 bagi acara trek, ranking pelumba adalah berdasarkan kiraan mata yang diperolehi daripada kejohanan trek Piala Dunia serta Kejuaraan Dunia dari 2014 hingga 2016.

Garis panduan telahpun dibentuk dan ditetapkan untuk semua pihak berkenaan dalam memastikan tidak ada masalah atau isu berbangkit sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejohanan antarabangsa itu berlangsung.

- Advertisement -