rp_000_Hkg96290391.jpg

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain nombor satu dunia, Laura Massaro menepati ramalan, mara ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia sekaligus menghampiri matlamat untuk merangkul trofi pertamanya tahun ini.

Massaro bagaimanapun tidak diberi laluan mudah oleh pemain Mesir, Ranem El Welily apabila dipaksa bangkit untuk melakar kemenangan sebanyak dua kali selepas tumpas diset kedua dan keempat.

Pengalaman dan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia nyata dibuktikn Massaro untuk menutup pusingan separuh akhir dengan keputusan  11-2, 7-11, 11-9,6-11, 12-10.

Di pentas final, Laura Massaro akan berdepan seorang lagi pemain Mesir, Nour El Sherbini yang menumpaskan rakan senagara, Nouran Gohar straight games, 11-5, 11-5, 11-5.

Andai menang, Laura mengulangi sejarah 2013 dimana beliau meraih gelaran dunia pertamanya di Malaysia ketika Pulau Pinang menjadi tuan rumah ketika itu.

- Advertisement -