Tamat perjuangan bergu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean selepas berkelana di bumi Bangkok, Thailand hampir sebulan lamanya.

Saingan separuh akhir Final Jelajah Dunia BWF yang berlangsung hari ini menoktahkan perjalanannya selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Lee Soo Hee- Shin Seung Chan 14-21, 15-21.

“Kami tidak bermain dengan baik dan banyak melakukan unforced errors. Pergerakan mereka begitu baik dan beri tekanan kepada kami dan kami juga tidak cukup kuat dibahagian pertahanan.

“Ketika kami menyerang, mereka melakukan serang balas dengan baik dan sukar untuk beri tekanan kepada mereka. Kami terpaksa menggunakan corak bertahan dan serang balas,”kata Mei Kuan.

“Banyak yang kami pelajari sepanjang tiga minggu di sini, kelajuan bulu tangkis perlahan dan perlu banyak belajar untuk sesuaikan diri di gelanggang selain meningkatkan kekuatan mental dan kecergasan,”kata Meng Yean

Penyertaan wakil bergu wanita negara buat pertama kali sejak Final Jelajah Dunia diperkenal pada 2018 menhadirkan khabar gembira menerusi Mei Kuan dan Meng Yean yang berjaya mengesahkan slot sehingga ke separuh akhir.

“Saya gembira kerana kejohanan dapat dilangsungkan di sini selepas lebih sembilan bulan kami berlatih di rumah sendiri dan tidak tahu dimana tahap kemampuan kami yang sebenarnya.

“peluang ini memberikan kami pelkuang untuk tahu adakah kami mampu untuk bersaing dengan pemain pemain dalam ranking 10 terbaik dunia. Saya gembira dengan prestasi di tiga kejohanan ini dan dapat mencapai separuh akhir di Final Jelajah Dunia walaupun pertama kali menyertainya.

“Tetapi ini adalah permulaan untuk kami berdua dan akan bersedia untuk mengharungi kejohanan seterunya,”kata Chow Mei Kuan lagi

Dalam saingan peringkat kumpulan A bergu wanita, Mei Kuan-Meng Yean memulakan aksi dengan langkah kanan selepas menundukkan rakan seperjuangan, Vivion Hoo-Yap Cheng Wen sebelum tewas kepada pilihan ketiga dari Korea Selatan, Lee Soo Hee-Shin Seung Chan.

Namun sejarah dilakar pada 29 Januari lalu apabila mereka yang menduduki ranking ke 14 dunia ini mengejutkan sekaligus menyingkirkan pilihan pertama dari Indonesia, Gresysia Polii-Apriyani Rahayu dari Final Jelajah Dunia untuk menghuni tangga kedua sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.

Pastinya tidak ramai yang menjangkakan pencapaian dua pemain bergu wanita negara ini berdasarkan rekod di dua kejohanan Terbuka Thailand.

Yonex Terbuka Thailand, Mei Kuan-Meng Yean tewas di pusingan kedua manakala Toyota Terbuka Thailand, mereka mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pujian perlu diberi kepada barisan kejurulatihan bergu wanita negara yang diketuai Chan Chong Ming dan Hoo Tien How diatas kerja keras dan pencapaian yang terhasil.

Namun perjalanan masih lagi jauh dan idea serta perancangan yang lebih aggresif diperlukan kerana dua pemain yang sedang meningkat naik, Pearly Tan-M Thinaah juga perlu digilap memandang mereka kini boleh dianggap sebagai permata yang sedang menyinar dalam kem BAM.

 

- Advertisement -