100PLUS.latestKuala Lumpur mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Premier selepas lima perlawanan meskipun terikat satu sama dengan UiTM FC di Shah Alam.

Skuad kendalian Ismail Zakaria mendahului pada babak pertama perlawanan menerusi jaringan Farul Razi Kamaruddin.

Namun UiTM FC menyamakan kedudukan menerusi Pavel Purishkin dim init ke 66 untuk memastikan kedua dua pasukan pulang dengan satu mata.

Ismail Zakaria ternyata kecewa dengan persembahan anak didiknya meskipun mempunyai banyak peluang untuk mencipta gol sekaligus meraih tiga mata di Shah Alam.

“Ini adalah perlawanan pertama kami bermain di waktu petang yang berbeza cuaca dan bermain dengan UiTM FC bukan mudah kerana pemain pemain muda ini bermain dengan semangat juang yang tinggi. Saya kecewa dengan penyerang yang tidak berbisa langsung. Saya mengharapkan gol dengan peluang peluang yang ada.’ Kata Ismail Zakaria.

Kuala Lumpur bagaimanapun masih mengekalkan kedudukan selaku pendahulu dengan 11 mata berjaya dikumpul, dua mata didepan empat pasukan yang berkongsi sembilan mata.

Paling mencuri tumpuan adalah Negeri Sembilan yang berpesta gol ke atas pasukan tercorot, Angkatan Tentera Malaysia 5-0 di Paroi untuk melonjak ke tangga kedua dengan kelebihan gol.

Pemain Import, Joel Chianese meledak dua gol selepas Alexander Smith membuka tirai gol tujun minit selepas babak kedua bermula.

Norhafizzuan Jailani menambah derita ATM sebelum Aaifa Mat Baliya tertampan bola ke gawang sendiri untuk gol kelima tuan rumah.

DRB Hicom pula pastinya pasukan paling kecewa apabila gagal meraih mata penuh sekaligus memintas Kuala Lumpur.

Jaringan Abdul Malik Mat Arif meranapkan impian DRB Hicom sekaligus turun ke tangga ketiga liga manakala Kuantan FA menghuni tangga keenam berkongsi lapan mata dengan UiTM FC yang berada di tangga ke tujuh liga.

Melaka United juga terlepas peluang untuk memintas Kuala Lumpur selepas terikat dua sama dengan Sabah.

Meskipun mendahului menerusi jaringan See Kok Luen di babak pertama, namun Sabah bangkit dengan dua gol dalam tempoh Sembilan minit menerusi Igo Cerina dan Leopold Alfonso dim init ke 50 dan 59.

Melaka United bagaimanapun sedikit lega apabila Baisa Bozovic menjaringkan gol penyamaan sekaligus mengecewakan Sabah yang masih mencari kemenangan pertama musim ini.

Di selatan tanah air, Johor Darul Takzim 2 meraih kemenangan kedua selepas menang tipis ke atas Sime Darby FC, 2-1 dan PKNS FC turut melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Perlis.

- Advertisement -