Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan bahawa beliau meminta gaji yang tinggi. Kami menawarkan USD25,000 kepada beliau tetapi beliau meminta USD45,000. Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan? Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia. 
Saya sudah menetapkan satu polisi dimana setiap jurulatih luar negara perlu dibantu oleh jurulatih anak tempatan. Bukankah Tan Cheng Hoe sekarang adalah jurulatih anak tempatan yang bagus? Saya sedang melakukan kerjasama yang terbaik untuk skuad kebangsaan tetapi penyokong semua bising kata ‘jangan ambil dia lah’, ‘pilih orang lain lah’.
Kami telah memulakan projek ini dan meminta beberapa nama untuk dipilih, dan nama Tan Cheng Ho tersenarai dan dilihat sebagai jurulatih yang terbaik buat masa sekarang. Bukankah untuk memilih yang terbaik bagi membimbing pasukan kebangsaan adalah keutamaan kita? Betulkah anda semua sayangkan pasukan kebangsaan? Dan betulkah anda semua inginkan perubahan? Apa yang anda semua nak sebenarnya?
Lagi satu perkara, pada masa ini penyokong dan pihak media telah diberikan keistimewaan untuk bertanya dan meminta sendiri kepada Presiden mengenai apa sahaja yang ingin diketahui dan pada bila-bila masa sahaja. Malah tahap ketelusan dan maklumat yang telah saya kongsikan dalam masa 11 hari saya menjadi presiden adalah lebih banyak daripada apa yang anda dapat sejak 30 tahun dan anda semua masih lagi ‘complaint’. Inilah dia pemikiran bola sepak Malaysia. 
Kejayaan bukanlah mustahil, mengubah pemikiran ini sebenarnya ibarat sebuah pertempuran. Suatu waktu dahulu semua mahukan sangat perubahan, hendak itu hendak ini. Sekarang perubahan telah dilakukan dan sudah tahu apa punca dan masalah dari dalaman.
Tahu bagaimana kita hendak mengubah struktur, tahu bagaimana hendak dipertingkatkan, dan pada masa sama pasukan lain juga perlulah bersikap profesional. Terdapat sesetengah pasukan tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan kerana atas dasar berkawan rapat dengan exco, dan kerana undi merekalah exco tersebut dapat jawatan tersebut. Maka, ia membuatkan exco tersebut jadi tidak berani untuk mengambil tindakan. 
Kalau beginilah keadaannya kena sentiasa menjaga hati semua pihak, memang takkan ke manalah bola sepak Malaysia. Kalau masih tidak boleh mengubah pemikiran, masih hendak jaga hati kawan, kena tindakan denda pun tak boleh walau telah melanggar syarat dan peraturan, jadi lupakan sahaja perubahan. 30 tahun dahulu ‘complain’ kerana tak boleh hendak cakap apa-apa dan tak tahu perkembangan persatuan. Sekarang apabila dah tahu pun masih ‘complain’. 
Saya akan sentiasa menjalankan tugas saya kerana saya bukanlah seorang yang hanya pandai berkata-kata di laman sosial tetapi tidak memberi satu sumbangan kepada kemajuan bola sepak tanah air.
Selamat berjaya bola sepak tanahair, selamat berjaya penyokong bola sepak Malaysia.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
CHANGING THE MINDSET IS THE REAL BATTLE
I was informed that Mario Gomez denied he asked for a high salary. We offered him USD25,000 but he asked for USD45,000. Isn’t he asking for more than what we have offered? No problem, we will look for another individual who really wants to be the Malaysia coach.
I have set a policy where every foreign coach must be assisted by a local coach. Isn’t Tan Cheng Hoe currently a good local coach? I’m trying to find the best partnership for the national team but the fans are saying ‘don’t take him’, ‘pick someone else’.
We started the project and asked for a shortlist of names, and Tan Cheng Hoe was listed and seen as the best coach at the moment. Isn’t picking the best to lead the national team our priority? Do you all really love the national team? And do you all really want changes? What do you all actually want?
Currently fans and the media have been given a special privilege of asking and requesting from the President about anything they want to know and at any time. In fact, the level of honesty and information that I have given in the past 11 days as the president is already more than what you got in the past 30 years, but you all still complain. This is the Malaysian football mentality.
Success is not impossible, but changing such a mindset is like a battle. In the past everyone demanded for changes, wanting this and that. Now changes are being done and we know the internal causes and problems. We know how we want to change the structure, know what needs to be improved, and at the same time, other teams need to be professional.
There are teams that cannot be taken action against for committing offences because of their close relationships with the exco, who were voted by them into current positions. So, it has made the exco afraid of taking any action.
If we need to be considerate of everyone’s feelings, then Malaysian football will not go anywhere. If we still cannot change the mindset and need to care about friends’ feelings, where punishment cannot be dished out despite breaking rules and regulation, then we can forget about changes. For 30 years you complained about not being able to voice out on anything and not knowing about the association’s latest news. Now that you know about it, you still want to complain. 
I will always do my job because I am not a person who only talks within social media but doesn’t contribute at all to the development of national football.
Good luck Malaysian football, good luck Malaysian football fans.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, President of Football Association of Malaysia (FAM)
- Advertisement -