#Q-Net meterai perjanjian dengan KHM dengan nilai RM 1.5juta untuk tempoh 3 tahun

 

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyusun strategi dalam membentuk program pembangunan di peringkat akar umbi dalam melahirkan pemain pemain pelapis yang berkualiti.

Bengkel Penstrukturan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) 2020 dilangsungkan selama tiga hari dua malam di Kinrara Resort Puchong.

Bengkel ini melibatkan 30 peserta yang terdiri daripada wakil persatuan hoki negeri serta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Fokus bengkel yang diterajui Timbalan Presiden KHM yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Prof. Datuk Dr S Shamala memfokuskan perkara perkara yang perlu dititikberat bagi membentuk program pembangunan yang efektif.

 

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal ketika sidang media turut menjelaskan penglibatan semua pihak dalam memberi pandangan dan idea serta hala tuju yang efektif berteraskan konsep Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP).

Turut berlangsung,Majlis Pemeteraian Jalinan Kerjasama diantara KHM dan Q-Net Malaysia dengan nilai tajaan RM 1.5 juta bagi tempoh 2021 hingga 2023.

Datuk Seri Subahan Kamal berterima kasih dengan komitmen Q-Net yang tampil untuk menjadi sebahagian daripada keluarga penaja KHM.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan QI, Kuna Senathirajah, dan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan MSN, Safrusahar Mohd Yusoff, 

 

- Advertisement -