LAS VEGAS, NEVADA – AUGUST 08: (R-L) Derrick Lewis knees Aleksei Oleinik of Russia in their heavyweight fight during the UFC Fight Night event at UFC APEX on August 08, 2020 in Las Vegas, Nevada. (Photo by Chris Unger/Zuffa LLC)

 

Derrick Lewis lakar sejarah dalam kategori ‘heavyweight’ UFC dengan prestasi menakjubkan apabila membelasah Aleksei Oleinik untuk kemenangan menerusi ‘knockout’ ke 11 dalam kariernya.

Lewis bermula garang menentang lawannya, dan mendapat sentuhan berbisa di pusingan kedua dengan tumbukan yang menumbangkan Oleinik.

Lewis terus menyerang menerusi tumbukan bertubi-tubi dan pengadil akhirnya menamatkan perlawanan itu untuk kemenangan buat Lewis.

“Dia melakukan apa yang saya sudah jangkakan, jadi ianya memudahkan saya. Prestasi saya sememangnya lebih baik, tetapi saya tidak puas lagi. Jika saya boleh menang pertarungan seterusnya, pasti saya boleh mencabar untuk kejuaraan selepas ini,” kata Lewis.

 

LAS VEGAS, NEVADA – AUGUST 08: (L-R) Chris Weidman elbows Omari Akhmedov of Russia in their middleweight fight during the UFC Fight Night event at UFC APEX on August 08, 2020 in Las Vegas, Nevada. (Photo by Chris Unger/Zuffa LLC)

Pakar gusti Chris Weidman terlalu licik buat Omari Akhmedov

Weidman meunjukkan pengalamannya sebagai bekas juara menentang Akhmedov yang turun dengan agresif. Walaupun diasak menerusi tumbukan besar, Weidman dapat mengawal saingan ini dan mengakhiri pertarungan dengan baik menerusi kombinasi gelut dan tumbuk yang hampir membuahkan ‘submission’ dari Akhmedov.

Akhirnya kemenangan sebulat suara berpihak kepada Weidman yang dapat mengintai peluang kejuaraan selepas ini.

“Kejayaan ini sememangnya manis buat saya. Terasa seperti kerjaya saya baru bermula dan kemenangan ini begitu bererti buat saya. Tidak sabar untuk melihat apa yang nantikan saya selepas ini,” kata Weidman.

Tip dari rakan anaknya melalui Instagram menghadiahkan Beneil Dariush kemenangan
Beneil Dariush mencatat kemenangan bergaya ke atas Scott Holtzman menerusi tindakan pemusnah ‘spinning back fist knockout’ yang melanda kemenangan ‘knockout’ buat pakar jiu-jitsu Brazil itu.

Menariknya, tindakan ‘spinning back fist knockout’ itu dicadangkan oleh rakan anak Dariush.

“Rakan anak saya, Billy, menghantar pesanan melalui Instagram dan mencadangkan agar saya mencuba gerakan ini, dan saya tidak sangka ianya akan menjadi. Jadi, terima kasih Billy!” kata Dariush.

Acara lain meyaksikan Yana Kunitskaya menewaskan Julija Stoliarenko dalam aksi wanita ‘bantamweight’, manakala Darren Stewart pula menumbangkan Maki Pitolo menerusi ‘guillotine lock’ dalam pusingan pertama.

Keputusan Lain

Derrick Lewis menang ke atas Aleksei Oleinik

Chris Weidman menang ke atas Omar Akhmedov

Darren Stewart menang ke atas Maki Pitolo

Yana Kunitskaya menang ke atas Julija Stoliarenko

Beneil Dariush menang ke atas Scott Holtzman

Tim Means menang ke atas Laureano Staropoli

Kevin Holland menang ke atas Joaquin Buckley

Nasrat Haqparast menang ke atas Alexander Munoz

Andrew Sanchez menang ke atas Wellington Turman

Gavin Tucker menang ke atas Justin Jaynes

Youssef Zalal menang ke atas Peter Barrett

Irwin Rivera menang ke atas Ali AlQaisi

- Advertisement -