Pelumba Malaysia, Mitchell Cheah meraih kejayaan sekaligus menaiki podium di Kejuaraan Formula 4Ā  Asia Tenggara anjuran Petron di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 3 Feb (Sabtu).

Dalam perlumbaan ke 3 daripada enam yang berlangsung, beliau memanfaatkan peluang keemasan ketika safety car memasuki litar di pusingan terakhir untuk muncul juara.

Kejayaannya tidak terhenti disitu apabila beliau sekali lagi menaiki podium selaku pemenag tempat ketiga pada perlumbaan ke 5.

Kemenangan ini dianggap kejayaan paling manis buat Mitchell Cheah kerana memutuskan untuk berlumba di F4 SEA disaat saat akhir.

ā€œSaya berada di kedudukan keempat di perlumbaan ketiga. Ketika Safety car keluar di pusingan akhir, ia menjadi tuah untuk saya menaiki podium selaku juara,ā€kata Mitchell.

Pelumba berusia 19 tahun itu terlepas podium dua kali, ketika perlumbaan pertama dan ke 6 selepas menamatkan saingan ditempat keempat dibelakang pelumba China, Daniel Cao.

ā€œIanya perlumbaan yang menarik bagi saya walaupun bermula dipetak ke sembilan, tetapi berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga. Sudah tentu saya berbangga dengan pencapaian ini,ā€kata Mitchell lagi yang turut mengambil bahagian dalam perlumbaan touring car.

Dalam pada itu, pelumba kelahiran Thailand, Kane Shepherd turut meraih dua podium, namun terpaksa berdepan halangan berliku.Ā 

Di perlumbaan keempat, Shepherd dipaksa bersaing sengit dengan pelumba kelahiran Belgium, Ugo de Wilde sebelum muncul juara manakala perlumbaan ke 6, beliau menerima tentangan daripada pelumba kelahiran Jepun, Hibiki Taira sebelum mengesahkan status selaku pemenang.

Manakala tiga pelumba Danial Frost (Perlumbaan pertama) Eshan Pieris (perlumbaan kedua) dan De Wile (perlumbaan ke 5) masing masing meraih satu podium.

Lain lain pelumba negara yang beraksi pada Sabtu adalah Adam Khalid, Alister Yoong dan Muizz Musyaffa.

Adam dan Alister menamatkan perlumbaan dikedudukan keempat pada perlumbaan pertama dan ketiga.

Pusingan kelima yang juga perlumbaan terakhir Kejuaraan F4 SEA akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan AprilĀ Ā Ā 

 

KEPUTUSANĀ 

Jarak litar 5.5km

Race 1 (9 pusingan)

  1. Danial Cao (CHN) 20 minit 20.008 saat
  2. Aaron Love (AUS) 20:20.437
  3. Ugo de Wilde (BEL) 20:23.087

 

Race 2 (8 pusingan)

  1. Eshan Pieris (SRI) 18:06.878
  2. Hibiki Taira (JPN) 18:11.857
  3. Danial Cao (CHN) 18:12.928

 

Race 3 (9 pusingan)

  1. Mitchell Cheah (MAS) 21:51.717
  2. Danial Cao (CHN) 21:52.099
  3. Aaron Love (AUS) 21:53.501

 

Race 4 (9 pusingan)

  1. Kane Shepherd (THA) 20:07.456
  2. Ugo de Wilde (BEL) 20:08.932
  3. Aaron Love (AUS) 20:09.045

 

Race 5 (9 pusingan)

  1. Ugo de Wilde (BEL) 20:13.912 2:13.815
  2. Hibiki Taira (JPN) 20:13.968
  3. Mitchell Cheah (MAS) 20:15.624

 

Race 6 (9 pusingan)

  1. Kane Shepherd (THA) 20:17.455
  2. Hibiki Taira (JPN) 20:18.526
  3. Danial Cao (CHN) 20:23.638
- Advertisement -