Saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula pada November depan menjadi peluang ‘terakhir’ buat Mehmet Durakovic untuk memburu slot ke Piala AFC 2021.

Mehmet perlu memastikan Perak menaiki podium selaku juara Piala Malaysia jika mahu merealisasikan impian beraksi di pentas yang lebih tinggi.

Namun, misi serampang dua mata ini bukan tugas mudah kerana pasukan pasukan lain yang layak ke Piala Malaysia pastinya tidak mahu pulang hampa tanpa sebarang rekod.

Namun beliau optimis anak didiknya tidak akan mengalah sehinggalah ke wisel penamat untuk mencapai misi muncul juara.

Malah, kekalahan kepada Kedah dalam aksi terakhir Liga Super sekaligus terlepas peluang untuk muncul naib juara liga dijadikan sebagai pembakar semangat ketika mengharungi saingan Piala Malaysia kelak

 

 

- Advertisement -