Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan pertandingan bolasepak tempatan yang akan dimulakan pada 15 Ogos depan.

Pengumuman tersebut dibuat ketika sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya sebentar tadi.

“Untuk sukan berpasuka seperti bolasepak, ragbi, hoki, sepak takraw, bola keranjang dan skuasy dibenarkan bermula pada 15 Ogos 2020. 

“Sebagai contoh kejohanan berpasukan adala seperti berikut – Liga Super, Liga Premier (MFL), Liga Sepak Takraw (STL), Liga Hoki (MHL) dan Liga Ragbi (MRL). Ini merupakan liga-liga yang dibenarkan untuk memulakan pertandingan mereka pada 15 Ogos nanti,”kata Datuk Seri Ismail Sabri.

Kejohanan ini dibenarkan namun tanpa kehadiran penonton untuk mematuhi penjarakkan soasial sekaligus mengelak sebarang kemungkinan berlakunya penularan Covid 19.

Beliau mengingatkan kesemua pertandingan diadakan secara terkawal oleh operator premis dan mematuhi SOP Am Pengurusan, SOP Am Pra-Penganjuran dan SOP Am Penganjuran yang perlu dipatuhi.

Kelulusan ini diberikan selepas mendengar pembentangan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam berhubung cadangan untuyk pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa 3 an 4.

 

-SUKAN BERMULA PADA MINIT KE 9.02-

Tambah Datuk Seri Ismail lagi, aktiviti sukan dan rekreasi turut dibenarkan melibatkan sukan sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw, bola keranjang, serta skuasy dan sukan tempur seperti karate, silat, dan taekwondo dibenarkan bermula 15 Julai malah turut melibatkan sukan futsal dimana pengusaha-pengusaha padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan dan akademi.

Tarikh kuatkuasa 15 Ogos 2020 bagi permulaan semula penganjuran kejohanan dan pertandingan sukan bersentuhan fizikal untuk memberi ruang dan masa kepada pihak penganjur kejohanan / pertandingan seperti Malaysia Football League (MFL) dan juga penganjur acara kejohanan / pertandingan sukan yang lain untuk membuat perancangan dan persiapan yang rapi dari segi latihan yang mencukupi untuk atlet / peserta, penyusunan logistik, persediaan premis / venue, dan juga pematuhan kepada SOP.

 

 

- Advertisement -