MSNS/PHS dan Kedah Eagle Junior melangkah ke final untuk perhitungan merebut kejuaraan Divisyen 2 Liga Hoki Remaja Malaysia (TNBMHJL) 2021 di Stadium Hoki Nasional, Ahad ini. 
Penjaring terbanyak liga Muhammad Salman Sudirman muncul wira selepas meledak gol kemenangan pada minit ke44 untuk mengemudi MSNS menumpaskan MBPJ Black Widow 3-2. 
MBPJ Black Widow sebelum itu garang di awal perlawanan dengan membuka jaringan pada minit ke 7 menerusi Mohammad Syabil Aizam sebelum Muhammad Saifuddin Azli meletakkan kedudukan 1-1. 
MBPJ kembali depan menerusi jaringan sudut penalti Muhammad Syahmi Aiman pada minit ke-24 sebelum MSNS kembali membuka saingan menerusi gol penyamaan Saifuddin pada minit ke-32. 
MBPJ cuba memberi saingan sengit tetapi Muhammad Salman meledak pada ketika MSNS amat memerlukan jaringan pada minit ke-44 untuk memastikan tiket ke final. 
Mohammad Haikal Hakimi muncul sebagai watak utama dalam kemenangan 3-1 Kedah Eagle Jr ke atas MSSPP-PSHA untuk ke final. 
Dua gol jaringan Mohammad Haikal pada minit ke-34 dan 56 menjulang Kedah Eagle Jr untuk tampil ke final menentang MSNS. 
Muhammad Arif Aiman terlebih dahulu mencatat nama sebagai penjaring apabila menemui sasaran pada minit ke-32. 
Pada saingan pelengkap Divisyen 1 pula, juara liga BJSS Thunderbolts mengakhiri kempen liga dengan kemenangan ke atas SSTMI Jr 4-3.
AHP-SSP-MSP Thunderbolts pula menang tipis 1-0 ke atas  SMKDBL-PHJ-MSNJ, manakala 
Anderson Thunderbolts memgejutkan MBPJ Tigers dengan kemenangan 3-2.
Saingan suku akhir Piala TNBMHJL bermula Isnin depan dengan BJSS bertemu naib juara Divisyen 2, SMKDBL-PHJ melawan MBPJ Tigers manakala penyandang juara SSTMI Thunderbolts membuat perhitungan menentang Anderson Thunderbolts dan AHP-SSP- MSP Thunderbolts berdepan juara Divisyen 2. 
- Advertisement -