Aksi perseorangan perempuan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 di Stadium Juara Bukit Kiara menyaksikan Myisha Mohd Kamarul menamatkan saingan peringkat kumpulan A dikedudukan teratas dengan 3 mata selepas tamat kesemua tiga perlawanan.

Perlawanan terakhir, pemain kelahiran Johor ini menundukkan pilihan pertama Khor Jin Wen dalam aksi tiga set 21-18, 22-24, 24-22.

“Lawan saya tampak kepenatan kerana bermain tiga set disebelah pagi dan saya manfaatkan peluang ini untuk menewaskannya.

“Saya perlukan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan kerana tahun lepas saya berada di tangga kedua. Secara keseluruhan masih banyak lagi yang perlu saya lakukan dan akan menumpukan latihan yang seterusnya,”kata Myisha.

Sementara kumpulan B, giliran Ong Xin Yee memimpin carta kedudukan selepas mengumpul 4 mata. Kedudukannya masih belum selesa kerana Siti Nurshuhaini Azman berada dikedudukan kedua dengan tiga mata tetapi kurang satu perlawanan.

Perseorangan perempuan kumpulan C menjadi milik Carmen Ting yang mengumpul 3 mata manakala kumpulan D menjadi milik Shaheena Shahidi yang mengumpul 3 mata, 1 mata didepan Noraqilah Maisarah Ramdan

Aksi Perseorangan lelaki pula memperlihatkan kesabaran Ong Zhen Yi terbalas apabila merampas kedudukan pendahulu daripada Ong Ken Yon.

Ia susulan kekalahan 22-24, 10-21 Ong Ken Yon kepada Jacky Kok Jing Hong pada perlawanan sesi petang manakala Ong Zhen Yi mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan V Poopathi 21-11, 21-13.

“Selepas lama tidak bermain, saya agak kekok ketika di perlawan pertama. Saya tidak mahu beri tekanan terhadap diri sendiri dan hanya kekal fokus sepanjang perlawanan dan berikan yang terbaik,”kata Ong Ken Yon.

Eogene Eewe Eon pula mendominasi kedudukan bagi kumpulan B perseorangan lelaki selepas turut sama mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua empat perlawanan setakat ini sekaligus mengumpul 4 mata, 1 mata dibezakan dengan Muhd Adam Shah.

Lok Hong Quan mengungguli kumpulan C manakala Lim Wei Hou mengetuai carta bagi kumpulan D.

Bergu lelaki pula masih kekal didominasi pasangan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe yang masih gah mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas beraksi tiga perlawanan termasuk kemenangan ke atas Choi Jian Sheng-Wong Vin Sean straight set 21-17, 21-10 pada perlawanan sesi petang.

Terdahulu, mereka menang ke atas gandingan Kok Jia Cheng-Ooi Yi Hern dalam pertarungan tiga set 21-14, 19-21, 21-7 yang berlansung di sebelah pagi.

Manakala bergu perempuan Cheng Su Yin-Goh Pei Kee mendominasi carta selepas menang ke atas Cheng Sui Hui-Xin Jie Lee 21-11, 21-13.

Tiga pemain teratas perseorangan lelaki dan dua pemain teratas bagi kategori perseorangan wanita di setiap kumpulan akan layak beraksi ke peringkat ‘playoff’ dan akan beraksi dengan pemain pemain senior.

Ini merupakan pertandingan pertama yang dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain pemain remaja selepas dibenarkan kembali menjalani latihan secara berperingkat di ABM pada Julai lalu.

 

Keputusan perlawanan (sesi pagi )

7:30 Pagi

BS-A – Jacky Kok Jing Hong – Justin Hoh (20-22, 20-22)
BS-A – Group 02 Anson Cheong – Chia Jeng Hon (7-21, 11-21)
BS-A – Group 03 Ong Zhen Yi – Chua Kim Sheng (21-14, 21-17)
BS-A – Group 04 Ong Ken Yon – V Poopathi (22-24, 21-10, 21-16)
BS-A – Group 05 Muhd Fazriq – Jimmy Wong (19-21, 16-21)
BS-B – Group 06 Rex Hooi Shao Herng – Ferdinan Ramno (17-21, 18-21)
BS-B – Group 07 Jan Jireh Lee – Low Han Chen (22-20, 21-10)
BS-B – Group 08 Dylan Ooi Ding Sheng – Muhd Adam Shah (17-21, 17-21)
BS-B – Group 09 Eogene Ewe Eon – Muhd Faiq  (21-15, 21-17)
GS-A – Group 10 Khor Jing Wen – Tan Zhing Yi (21-15, 19-21, 17-21)
GS-A – Group 11 Myisha Mohd Khairul – Joanne Ng May Yin (21-15, 21-17)
GS-B – Group 12 Loh Zhi Wei – Lim Yi Wei (21-11, 21-14)
GS-B – Group 13 Tan Shen Thing – Siti Nurshuhaini (19-21, 20-22)
GS-B – Group 14 Chan Wen Tse – Ong Xin Yee (12-21, 19-21)
GD – Group 15 Low Yeen Yuan-Valeree Siow vs Cheng Su Hui+Lee Xin Jie (21-18, 21-16)
BD – Group 16 Choi Jian Sheng-Wong Vin Sean vs Bryan Jeremy-Liew Xun (19-21, 17-21)
BD – Group 17 Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe vs Kok Jia Cheng-Ooi Yi Hern (21-14, 19-21, 21-7)

9:00 Pagi

BS-C – Group 01 Lok Hong Quan – Yeow Chun Cher (16-21, 21-7, 21-17)
BS-C – Group 02 Kang Khai Xing – Tamilarasukumar (13-21, 21-6, 21-19)
BS-C – Group 03 Aaron Tai – Kee Is Qian (21-13, 21-19)
BS-D – Group 04 Kong Teck Joon – Ayu Fu Sheng (21-18 21-19)
BS-D – Group 05 Chee Hong Wei – Mohd Amzar Hakimi (17-21 21-17 22-20)
BS-D – Group 06 Lim Wei Hou – Low Hao Feng (21-15 21-14)
GS-D – Group 07 Yeap Phoi Lin – Noraqilah Maisarah (23-21 21-18)
GS-D – Group 08 Christine Lam – Shaneesa Shahidi (13-21 21-13 21-13)
GS-C – Group 09 Siti Zulaikha – Carmen Ting (20-22 21-19 21-14)
GS-C – Group 10 Tan Zhing Hui – Wong Lily (21-7 21-16)
GS-C – Group 11 Adiyna Anuar – Oo Shan Zi (21-16 21-15)

3:00 PM

BS-A – Group 01 Muhd Fazriq Mohd Razif – Justin Hoh (21-18, 21-9)
BS-A – Group 02 Jacky Kok Jing Hong – Ong Ken Yon (24-22, 21-10)
BS-A – Group 03 Chua Kim Sheng – Anson Cheong (21-10, 21-15)
BS-A – Group 04 Ong Zhen Yi – V Poopathi (21-11, 21-13)
BS-A – Group 05 Chia Jeng Hon – Jimmy Wong (12-21, 21-14, 21-8)
BS-B – Group 06 Eogene Ewe Eon – Ferdinan Ramno (23-21, 21-12)
BS-B – Group 07 Dylan Ooi Ding Sheng – Rex Hooi Shao Herng  (21-19, 21-23, 21-19)
BS-B – Group 08 Muhd Adam Shah – Jan Jireh Lee (21-14, 21-15)
BS-B – Group 09 Muhd Faiq – Low Han Chen (21-17, 13-21, 21-13)
GS-A – Group 01 Tan Zhing Yi – Joanne Ng May Yin (21-13, 21-16)
GS-A – Group 02 Myisha Mohd Khairul – Khor Jing Wen (21-18, 22-24, 24-22)
GS-B – Group 10 Lim Yi Wei – Chong Jie Yu (21-14, 21-12)
GS-B – Group 11 Chan Wen Tze – Loh Zhi Wei (10-21, 21-19, 21-14)

GS-B – Group 12 Ong Xin Yee – Tan Shen Thing (21-17,21-10)
BD – Group 13 Muhd Haikal-Wan Muhd Arif lwn Bryan Jeremy – Liew Xun (17-21, 21-9, 21-16)
BD – Group 14 Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe lwn Choi Jian Sheng – Wong Vin Sean (21-17, 21-10)
GD – Group 15 Cheng Su Yin-Goh Pei Kee lwn Cheng Su Hui-LEE Xin Jie (21-11, 21-13)

- Advertisement -