Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan status tentang penyambungan saingan Liga Malaysia dijangka akan diketahui selewat lewatnya Jumaat.

Menjawab soalan media di sidang media harian PKP di Putrajaya hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan telah menerima surat daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya telahpun menerima surat daripada Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican)untuk kita putuskan dari segi saingan liga bolasepak samada boleh dilaksanakan atau tidak.

“Seperti yang saya umumkan tidak boleh dalam waktu terdekat. Semua perkara yang berkaitan dengan kementerian akan dibincangkan esok atau mungkin saya akan umumkan pada hari Jumaat,”kata Ismail Sabri

Saingan Liga M musim 2020 ditangguhkan pada 16 Mac susulan pandemik Covid 19 serta mematuhi arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar permohonan rasmi melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Kesemua pihak yang terlibat dalam arena bolasepak negara hanya menanti jawapan daripada MKN dan KKM berhubung jawapan rasmi tentang status Liga M sebelum merangka dan memulakan perancangan yang selanjutnya.

Penangguhan Liga M tampak mula mendatang impak negatif melibatkan pemain pemain beberapa kelab atau pasukan apabila cerita lapuk, tunggakan gaji terus menghantui cerita bolasepak Malaysia.

Tidak kurang juga formula pemotongan gaji yang masih belum diketahui penghujungnya dengan menjadikan Covid 19 sebagai alasan buat sesetengah pasukan yang dilanda krisis kewangan.

 

 

 

 

 

- Advertisement -