Pasukan yang berpengkalan di pantai timur, Terengganu FC (TFC) sah mendapatkan Nik Akif Syahiran Nik Mat untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Menerusi kenyataan media TFC, Nik Akif akan mengikat kontrak selama dua tahun dan akan menyarung jersi bernombor 22.

ā€œKehadiran beliau yang memiliki kualiti sebagai seorang ā€˜pemain tengahā€™ dilihat mampu untuk memperkuatkan lagi barisan pemain TFC musim depan,ā€ menurut kenyataan itu.

Nik Akif juga bersedia untuk menyahut cabaran baharu bersama TFC selain berpuas hati dengan pengurusan kelab itu.

ā€œSikap profesional dari setiap aspek pengurusan pasukan (TFC) turut menjadi salah satu faktor yang memikat hati saya untuk menabur bakti di bumi Terengganu,ā€ katanya yang juga merupakan tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia.

TFC sebelum ini tekahpun mendapatkan dua pemain, Mohd Faisal Abdul Halim, dan Shahrul Nizam Ros Hasni.

 

- Advertisement -