Kontroversi melibatkan penyerang sensasi Paris St Germain, Neymar menyaksikan pengeluar jenama pakaian sukan terkemuka dunia, Nike memutuskan untuk tidak lagi bersama pemain kelahiran Brazil itu.

Wakil jurucakap Nike yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Josh Benedek mengesahkan perkara tersebut kepada AFP dimana pihaknya sah telah menamatkan kontrak dengan Neymar selepas lebih 13 tahun.

Tiada maklumat lanjut dibincangkan berhubung pembatalan kontrak itu namun ia dikatakan berpunca daripada sikap Neymar yang gagal memberi respon terhadap Nike.

Beliau yang berhijrah dari Barcelona dengan nilai €222 juta pada 2017 merupakan nilai perpindahan tertinggi dunia ketika ini.

Malah, beliau berada dalam ranking tujuh individu yang menerima bayaran tertinggi di dunia termasuklah penajaan dengan nilai dianggarkan US$95.5 juta setahun

 

- Advertisement -