Zaqhwan Zaidi clinched the 2014 CP130 title in Jempol (Round 9)

This press statement is to clarify to the media and the public on Zaqhwan Zaidi’s decision to withdraw from JPMoto Racing Team and the Moto2 World Championship.

It is with deep regret that I confirm the press release distributed by JPMoto Racing Team that we have parted ways for the remainder of the Moto2 World Championship season. The decision, although tough, was made in the best interest of my career in the long run.

Six rounds into the World Championship, what had been initially promised to me had not been delivered. Further, as a professional rider, I am most aware of the need for cohesiveness and cooperation within all members of the team. Motorsports is all about team work.

Nevertheless, I appreciate the exposure and valuable experience that I had gained. I am confident that this new found knowledge can be put to good use in my future undertakings as a professional motorcycle racer.

As for my future plans, I will officially return to Givi Honda Yuzy Racing, the team that has helped me secure the national CP130 title and compete in the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship starting this weekend at Melaka.

Finally, I would like to wish the best of luck to JPMoto Racing Team in their Moto2 World Championship campaign.

KENYATAAN MEDIA RASMI – ZAQHWAN ZAIDI

Kenyataan ini adalah untuk menjelaskan kepada pihak media dan orang ramai berkaitan keputusan Zaqhwan Zaidi menarik diri dari pasukan JPMoto Racing Team dan Kejuaraan Dunia Moto2.

Meskipun dengan berat hati, saya mengesahkan kenyataan akhbar yang diedarkan oleh JPMoto Racing Team bahawa kami tidak lagi meneruskan kerjasama bagi baki saingan Kejuaraan Dunia Moto2 musim ini. Walaupun sukar, keputusan ini dibuat demi kepentingan jangka masa panjang dalam karier perlumbaan saya.

Enam perlumbaan di Kejuaraan Dunia, di mana apa yang dijanjikan masih belum terlaksana. Selanjutnya, sebagai pelumba profesional, saya mengambil kira terhadap keperluan bekerjasama dan bersatu padu dengan semua anggota pasukan dimana sukan bermotor adalah tentang kerja berpasukan.

Walau bagaimanapun, saya menghargai akan pengalaman dan pendedahan berharga yang telah saya peroleh. Saya yakin pengalaman ini dapat digunakan dengan baik untuk perjalanan saya sebagai pelumba profesional.

Untuk rancangan masa depan, secara rasmi saya akan kembali bersama pasukan Givi Honda Yuzy Racing, pasukan yang telah membantu karier perlumbaan saya mendapatkan gelaran juara kebangsaan CP130 dan akan kembali beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula perlumbaan di Melaka, minggu ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan JPMoto Racing Team dalam kempen Moto2 Kejuaraan Dunia.

 

- Advertisement -