Oleh Ku Mohd Lufti

Cabaran buat pasukan tempatan khususnya Terengganu Cycling (TSG) dalam misi memburu lapan podium di Le Tour de Langkawi 2017 selain jersi jersi yang dipertandingkan bakal bermula.

Paling menjadi tumpuan, pakar pecut negara yang pernah meraih podium selaku juara di LTdL edisi 2011, Anuar Manan pastinya tidak mahu kecewa dilaman sendiri khususnya peringkat pertama dari Kuala Berang menuju ke Kuala Terengganu dengan jarak 128.4 kilometer.

“Enam minggu berlatih di Australia dan menyertai beberapa perlumbaan kriterium dibawah seliaan Jeremy Hunt menampakkan impak yang baik.

“Kesemua pelumba serius melakukan persiapan untuk LTdL tahun ini, begitu juga pelumba pelumba muda yang diharapkan mampu memberi impak, namun segalanya bergantung kepada kami semua.”Kata Anuar.

Antara pencabar yang dijangka menjado penghalang Anuar Manan adalah pelumba pasukan Willer Triestina, Jakub Mareczko yang bakal bergandingan dengan rakan sepasukannya, Filippo Poazzato.

Dua pelumba ini dilabel sebagai pelumba muda yang semakin meningkat dan tampak antara calon calon bagi perebutan jersi pecut.

“Ramai pakar pecut yang berada di sini dan kebanyakkannya dari Itali seperti Nicola Marini (Nippo Vini Fantini), Marco Benfatto dan Andrea Palini (Androni Giocatolli).

“Saya akan cuba untuk meraih podium disetiap peringkat seperti tahun lepas kerana kami mempunyai pasukan yang kuat seperti Rafael Andriato dan Pozzato untuk membantu saya ketika dipenghujung perlumbaan.”Kata Mareczko.

LTdL 2016, pelumba berusia 22 tahun ini meraih empat kemenangan peringkat selain menduduki tempat kedua keseluruhan dalam kategori Raja Pecut.

Dalam pada itu, pemenang jersi kuning LTdL 2016, Jacques Janse Van Rensburg berpendapat, bayangan pemenang jersi kuning hanya akan kelihatan selepas pendakian berstatus Hors di Cameron Highlands.

Malah, bagi mempertahankan jersi kuning, Rensburg yang beraksi untuk wakil tunggal pasukan Pro Tour, Dimension Data, mereka turun dengan pelumba yang turut beraksi untuk merebut jersi kuning.

“Ini adalah penampilan ketujuh saya dalam LTdL , kami datang dengan pelumba memiliki kepakaran memecut dan memburu jersi kuning.

“Cameron Highlands merupakan pendakian yang sukar dan disitulah pemilik bagi jersi kuning akan ditentukan,” kata Rensburgh.

Dalam pada itu, penganjur memaklumkan hanya 19 pasukan sahaja yang beraksi selepas pasukan dari Indonesia, KFC menarik diri disaat akhir.

- Advertisement -