Jurulatih para olahraga negara, R.Jeganathan mahu anak-anak buahnya memperbaiki ranking sebelum temasya Sukan Paralimpik Tokyo berlangsung tahun depan.

Jelas Jeganathan, 6 daripada 3 atlet yang menyertai kem RTT ketika ini iaitu Siti Noor Iasah Mohd Ariffin, Siti Noor Riadah Ismail, Mohamad Alif Mohamad Awi, Muhamad Afiq Mohamad Ali, Zulkifly Abdullah dan Nasharuddin Mohd berpotensi untuk layak namun mereka perlu memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia dalam memastikan slot ke Tokyo terjamin.

“Saya meletakan sasaran tinggi kali ini. Saya tidak mahu hantar atlet hanya untuk menyertai acara tersebut. Mereka perlu sekurang-kurangnya layak beraksi di peringkat separuh akhir”.

 

Ketika ini, 4 atlet sudah layak ke Tokyo iaitu Mohd Ridzuan Mohd Puzi, Abdul Latif Romly, Muhamad Ziyad Zolkefli dan Jonathan Wong Kar Gee.

Dalam pada itu, Muhamad Ziyad mengakui bakal berdepan saingan sengit dengan kemunculan beberapa muka baru di Tokyo nanti.

“Pada saingan Kejohanan Dunia 2019 saya mendapat tempat kedua. Saya dapat lihat ramai muka baru yang memberi cabaran kepada saya. Antaranya dari Ukraine, Greece dan Ecuador. Jadi saya perlu bekerja lebih keras untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Rio pada 2016”.

- Advertisement -