Persaingan bagi memburu kelompok teratas Liga Premier semakin rancak apabila Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakar kemenangan sekaligus memperbaiki kedudukan ke tangga ketiga liga.

Jaringan tunggal oleh Shahurain Abu Samah di minit ke 3 permainan sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Zulhamizan Zakaria naik ke tangga ke 3 liga selepas mengharungi 15 perlawanan.

PDRM setakat ini berkongsi 25 mata dengan FELCRA yang berada ditangga kedua, kurang satu perlawanan berbanding the Cops manakala kedudukan pendahulu kekal milik Felda United yang mengumpul 36 mata.

Di selatan tanah air, penalti oleh Nicolas Alberto Fernandez memastikan Johor Darul Takzim (JDT) 2 meraih tiga mata penting sekaligus melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak.

Jaringan hanya terhasil di penghujung babak kedua perlawanan dimana pelawat mendahului saingan hasil penyudah Ugochukwu Ukah di minit ke 78.

Muhd Hadifayyadh Abdul Razak bagaimanapun menyamakan kedudukan untuk tuan rumah di minit 87 sebelum kesilapan Md Raimi Md Nor menepis bola dengan tangan memaksa pengadil menghadiahkan penalti kepada JDT 2.

Nicolas tidak mensia siakan peluang untuk meletakkan JDT 2 didepan sekaligus memberikan 3 mata penting untuk pasukannya.

Selepas beraksi 15 perlawanan, skuad kendalian Benjamin Mora menghuni tangga keenam liga dengan 20 mata , satu mata dibelakang Sabah.

 

Kedudukan Liga Premier 2018 

 

- Advertisement -