Foto oleh Pristine Works

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan misi pemburuan juara Terbuka Malaysia ke 12 selepas menundukkan pilihan pertama dari Denmark, Viktor Axelsen straight set 21-17, 21-9.

Pertemuan ke14 diantara Chong Wei dan Viktor Axelsen di Axiata Arena memihak jaguh perseorangan negara.

Selepas kali terakhir bertemu di China di Piala Thomas dimana kemenangan memihak Chong Wei, Viktor Axelsen pastinya mahu mengecewakan bekas pemain nombor satu dunia itu di laman sendiri.

Aksi yang cukup sengit dipamer kedua dua pemain dengan drop shot dan cross court smash sering kali menjadi pilihan untuk menewaskan lawan masing masing.

Lee Chong Wei tidak memberi banyak ruang kepada Axelsen untuk meraih mata selepas berjaya mendahului 14-11 pada satu ketika.

Pemain ranking keenam dunia ini terus maju kedepan sekaligus menutup set pertama dengan kemenangan 21-17.

Penguasaan Chong Wei yang diletak selaku pilihan ketujuh semakin rancak apabila mendahului 11-6 dipertengahan set kedua.

Viktor Axelsen seakan akan hilang fokus apabila terus ketinggalan sekaligus memberikan kemenangan 21-9 kepada Chong Wei.

Beliau akan berdepan jaguh dari Indonesia, Tommy Sugiarto untuk memburu slot ke final esok sekaligus membuka peluang untuk membalas dendam ke atas wakil Jepun, Kento Momota di pusingan akhir nanti.

Terdahulu, wakil tunggal perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei gagal melangkah ke peringkat separuh akhir selepas tewas kepada pilihan pertama, Tai Tzu Ying dari Taiwan.

Pertemuan sulung kedua dua pemain nyata lebih memihak Tzu Ying meskipun berdepan tekanan sorakan penyokong Malaysia sepanjang perlawanan.

Tai Tzu Ying tampak ‘memanaskan badan’ diawal set pertama untuk membaca gerakan Jin Wei sebelum menguasai saingan dipertengahan set sekaligus melakar kemenangan 21-15.

Jin Wei ternyata sukar untuk menyaingi kelebihan yang dimiliki pemain nombor satu dunia ketika ini apabila terus ketinggalan di set kedua.

Kem Malaysia terpaksa akur tiada wakil bagi perseorangan wanita selepas Goh Jin wei tewas 15-21 selepas bertarung selama 36 minit.

- Advertisement -