Selepas tiga perlumbaan, enam pelumba negara masih belum berjaya untuk meraih podium di perlumbaan FIA Formula 4 Asia Tenggara (Formula 4 SEA) bagi musim 2017.

Persaingan yang sengit dikalangan pelumba tempatan dan pelumba luar negara yang mengambil bahagian pada perlumbaan siri keempat di Litar Antarabangsa Sepang sejak Jumaat nyata memberikan tekanan ke atas Isyraf Danish, Timoty Yeo, Nazim Azman, adik beradik Armand dan Arsh Johany serta Muizz Musyaffa.

Sandaran untuk memburu podium dikalangan enam pelumba negara yang mengambil bahagian minggu ini terletak di bahu Isyraf Danial dan Muizz Musyaffa.

Dua pelumba ini terus memberikan saingan sengit untuk memburu podium bagi perlumbaan kedua dan ketiga hari ini.

Tuah memihak Isyraf Danial apabila menamatkan perlumbaan kedua pagi tadi di kedudukan keempat.

Namun, prestasinya sedikit menurun pada perlumbana ketiga petang tadi apabila menamatkan saingan di tangga keenam keseluruhan.

ā€œPerlumbaan pertama pada Jumaat tidak begitu baik untuk saya kerana masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya tetapi saya sudah mendapat rentak dan berjaya menduduki tempat keempat.

ā€œTetapi perlumbaan ketiga saya kurang berpuas hati kerana cuaca hujan tetapi saya menggunakan dry tyre sedangkan pelumba lain kebanyakkannya menggunakan wet tyre, jadi ia memberi kesukaran kepada saya,ā€kata Isyraf Danial.

Dengan baki tiga lagi perlumbaan esok sebelum kalendar F4 SEA musim 2017 melabuhkan tirainya, pelumba berusia 17 tahun ini mengharapkan keadaan trek dan cuaca yang baik untuk memburu podium.

ā€œSaya akan tetap cuba untuk memburu podium dan untuk mencapai kedudukan ini, saya perlu untuk berada didepan sepanjang perlumbaan,ā€kata Isyraf lagi.

Sementara itu selepas cemerlang pada Jumaat Muizz Musyaffa berpeluang untuk memburu podium pada perlumbaan keempat esok (Ahad) apabila beliau memulakan saingan di petak paling depan selepas melakar masa terpantas ketika sesi kelayakan kedua dengan catatan masa 2 minit 13.534 saat.

Namun, Muizz tidak menjangkakan kemenangan mudah kerana saingan yang sengit selain faktor cuaca.

ā€œIa bukan jaminan untuk saya meraih podium esok (Ahad) kerana segalanya bergantung kepada keadaan cuaca.

ā€œSaya ada berasa gemuruh tetapi akan cuba untuk mengawalnya kerana ia akan menjejaskan fokus dan mudah melakukan kesilapan,ā€kata Muizz Musyaffa.

Perlumbaan F4 SEA 2017 tajaan PETRON diteruskan pada Sabtu dengan dua perlumbaan telahpun berlangsung.

Disebelah pagi, telah berlangsung perlumbaan ke 3 yang memperlihatkan penguasaan Daniel Cao dari China.

Beliau bangkit daripada kekecewaan selepas menduduki tempat kedua pada pusingan pertama semalam untuk muncul juara pada perlumbaan kedua hari ini.

Cao yang bermula di petak paling dengan tidak diberi tentangan sejak dari awal perlumbaan mengekalkan posisi tanpa sebarang tekanan sekaligus melintasi garisan penamat selepas sembilan pusingan dengan catatan masa 20 minit 04.950saat.

Pelumba kelahiran Indonesia, Presley Martono antara yang cemerlang pada saingan ke 2 pagi tadi, bermula di petak ke 3, namun berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, ketinggalan 8.950 saat manakala pelumba dari Perancis, Alessandro Ghiretti dikedudukan ketiga.

Pelumba kelahiran Thailand, Kane Shepherd bangkit daripada aksi hambar pada perlumbaan kedua pagi tadi apabila menamatkan perlumbaan ketiga disebelah petang selaku juara.

Meskipun bermula di petak kedua dibelakang Luke Thompson, Kane membuktikan kemampuannya meskipun beraksi ketika cuaca hujan untuk memintas sekaligus mendahului saingan sehingga tamat perlumbaan dengan catatan masa 22 minit 5.610 saat.

Pelumba dari Perancis, Alessandro Ghiretti kedua, ketinggalan 2.364 saat dibelakang Kane Shepherd manakala Presley Martono daripada Indonesia ketiga.

 

Terdahulu, Keputusan Perlumbaan 2

  1. Danial Cao (CHN) – 20:04.950
  2. Presley Martono (INA) – 20:13.540
  3. Alessandro Ghiretti (FRA) – 20:15.058
  4. Isyraf Danish (MAS) – 20:15.295
  5. Kane Shepherd (THA) – 20:15.525
  6. Luke Thompson (IRL) – 20:22.683
  7. Muizz Musyaffa (MAS) – 20:22.918
  8. Hibiki Taira (JPN) – 20:23.310
  9. Armand Johany (MAS) 20:28.841
  10. Timoty Yeo (MAS) 20:29.062
  11. Arsh Johany (MAS) 20:32.330

 

Keputusan Perlumbaan 3

  1. Kane Shepherd (THA) – 22:05.610
  2. Alessandro Ghiretti (FRA) – 22:07.974
  3. Presley Martono (INA) – 22:34.049
  4. Danial Cao (CHN) – 22:38.118
  5. Luke Thompson (IRL) – 22:38.242
  6. Isyraf Danish (MAS) – 22:45.883
  7. Hibiki Taira (JPN) – 22:45.904
  8. Timoty Yeo (MAS) 22:55.180
  9. Nazim Azman 22:55.253
  10. Armand Johany (MAS) 23:04.791
  11. Muizz Musyaffa (MAS) – 23:27.240
  12. Arsh Johany (MAS) 23:40.444
- Advertisement -