SMK PRESINT 14 (1) (oren/hitam) vs SMK TUNKU ANUM (kuning)

Selepas berehat lebih dua bulan, saingan Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2018 bersambung pada Sabtu untuk melengkapkan jadul bagi tahun ini.

Persaingan untuk memburu takhta bagi saingan Liga Super masih belum berakhir buat Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang terus memburu kemenangan untuk terus memberi tekanan ke atas pendahulu ketika ini, Sekolah Sukan Malaysia Pahang B14 A.

Aksi pada Sabtu, SSTMI melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas SMK Syed Hassan untuk meraih kemenangan ketujuh setakat ini.

“Secara keseluruhan, kesemua pemain beraksi baik dan mengikut strategi yang dirancang meskipun pihak lawan mempunyai saiz fizikal yang lebih besar.

“Saya memuji kesungguhan pemain, namun ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki dimana segelintir pemain menunjukkan sedikit penurunan kerana penangguhan liga yang agak lama ,” kata jurulatih SSTMI M. Kaviarasu.

Kelebihan beraksi di laman sendiri nyata tidak dilepaskan oleh SSTMI apabila mendahului 2-0 dalam tempoh dua minit.

Gol pembukaan tuan rumah hadir di minit ke 19 menerusi penyudah kemas Muhd Harry Danish Mohd Haizon sebelum Muhd Danish Syamer Tajudin melakar nama selaku penjaring kedua SSTMI seminit kemudian.

Anak didik Kaviarasu terus menambah derita pelawat apabila selesa mendahului 3 gol tanpa balas selepas Mohd Alban Hud Mohd Yuzli menyumbat gol ketiga untuk pasukannya.

Pelawat bagaimanapun berjaya menjaringkan gol menerusi Muhd Adam Haqeemiey Ibrahim di minit ke 68, namun masih belum cukup untuk menafikan tiga mata milik SSTMI B14.

Dalam pada itu, juara Piala Sumbangsih, SMK Tunku Anum terus buntu mencari kemenangan selepas terikat tanpa jaringan dengan SMK Presint 4 (1).

Banyak peluang terhidang dimiliki kedua dua pasukan untuk mencipta gol, namun ketumpulan penyudah menafikan hasrat kedua dua pasukan untuk pulang selaku pemenang dan meraih tiga mata penting.

“Alhamdulillah kita dapat curi satu mata ditempat lawan. Kita mempunyai dua peluang terbaik untuk menjaringkan namun bola terkena tiang dan satu lagi peluang tersasar walaupun berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol.

“Saya tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan dan perlu membuat latihan yang lebih di bahagian serangan,”kata jurulatih SMK Tunku Anum, Mohammad Adzlan Abu.

SMK Tunku Anum mengumpul enam mata selepas beraksi tujuh perlawanan hasil satu kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan setakat ini untuk kekal dikedudukan ke 12.

Manakala SMK Presint 14 (1) terus menghuni tangga  tercorot, meraih 4 mata selepas mengharungi 7 perlawanan.

Sementara itu, di Cheras, jaringan Muhd Azri Zulkarnain Mohd Azmi dan Iddine Ahmad Radhuan memastikan kemenangan untuk SMK Seri Titiwangsa ke atas SMK Tabuan Jaya.

Sementara itu dalam saingan Liga Super bawah 17 tahun, pendahulu, SMK Presint 14 (1) terlepas peluang untuk meraih tiga mata selepas terikat dua sama dengan SMK Tunku Anum.

Mohd Haizal Jinie Adam meletakkan SMK Presint 14 (1) didepan di minit 39, namun, Tunku Anum pantas menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi Muhd Syazwan Salahuddin.

Giliran SMK Tunku Anum mendahului saingan2-1  menerusi Muhd Aiman Syakir Mohd Zulkifli di minit 55.

Namun kelebihan itu hanya bertahan dua minit selepas Muhd Haris Zulkifli menyamakan kedudukan sekaligus memastikan kedua dua pasukan pulang dengan satu mata selepas tiada jaringan tambahan dilakar sehingga tamat perlawanan.

 

Keputusan perlawanan Bawah 14

 

SMK SERI TITIWANGSA 2

SMK TABUAN JAYA  0

 

SMK BUKIT NENAS    1

SS MSIA PAHANG B13 A   2

 

SSTMI B14     3

SMK SYED HASSAN 1

 

SMK PRESINT 14 (1)   0

SMK TUNKU ANUM    0

 

SMK SEKSYEN 11    5

SMK DATUK PETER MOJUNTIN   0

 

SMK SEBERANG TEMERLOH    2

SMK MUTIARA     1

 

Keputusan Perlawanan Bawah 17

 

SMK SERI TITIWANGSA   0

SMK TABUAN JAYA    1

 

SMK BUKIT NENAS    2

SS MSIA PAHANG B15 A   1

 

SMK PRESINT 14 (1)   2

SMK TUNKU ANUM   2

- Advertisement -