Oleh Ku Mohd Lufti

Kontroversi melibatkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Ismail dengan penganjur jelajah lumba berbasikal. Le Tour de Langkawi selesai apabila negeri pantai timur itu disahkan kembali tersenarai di dalam laluan perlumbaan itu.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Rozi Mamat selepas mengadakan pertemuan empat mata diantara pihak penganjur yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal dengan wakil kerajaan negeri.

Jelas Rozi lagi,kerajaan negeri turut bersetuju untuk membantu pihak penganjur menaja keperluan logistik dan penginapan ketika majlis memperkenalkan pasukan, serta dua peringkat perlumbaan di negeri itu.

Razif sebelum ini meluahkan kekecewaan kepada penganjur apabila mendakwa pihak penganjur mengeluarkan Terengganu daripada peta laluan LTdL tanpa sebarang perbincangan.

Tiada maklumat lanjut tentang perbincangan tersebut, namun keputusan itu jelas menggembirakan Emir.

Mengikut perancangan jadual asal penganjur, LTDL 2017 akan melibatkan dua peringkat perlumbaan di Terengganu iaitu dari Kuala Berang ke Jertih, dan Jertih ke Grik selain majlis memperkenalkan pasukan.

“Pelancaran dan pengenalan pasukan akan dilakukan secara langsung dan ini memberikan peluang kepada rakyat Terengganu untuk berjumpa dengan pelumba-pelumba profesional yang mereka minati,” kata Emir.

Malah, pihaknya juga akan mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 201 (TMT2017) di setiap negeri yang dilalui mereka sepanjang perlumbaan dari 22 Feb hingga 1 Mac ini.

- Advertisement -