Wakil tunggal negara yang meneruskan cabaran di Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, Chan Peng Soon-Peck Yen Wei dalam kategori bergu campuran berakhir selepas tewas di peringkat separuh akhir.

Peng Soon yang baru digandingkan dengan Yen Wei nyata bukan tandingan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 yang juga wakil tuan rumah, Tontowi Ahmad-Liiyana Natsir.

Tontowi dan Liliyana hanya memelrukan 39 minit untuk menyingkirkan pasangan negara dengan kemenangan straight set 21-13, 21-14 sekaligus mengesahkan slot ke perlawanan akhir.

Pasangan yang diletak selaku pilihan keenam ini akan berdepan pilihan utama dari China, Zheng Siwei-Chen Qingchen yang terdahulu menang ke atas rakan senegara, Liu Yuchen-Tang Jinhua.

Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Indonesia menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan 1 juta Dolar Amerika Syarikat. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -