20151126-Bangsar Hawks BC - Maria Febe-001

aq

Petaling Jaya BC akhirnya menyerlahkan potensi mereka sebagai pencabar kejuaraan apabila mencatat kemenangan sulung dalam saingan Purple League setelah menundukkan Bangsar Hawks BC 11-7 di Sports Arena@Sentosa.

Petaling Jaya yang terdesak mencari kemenangan selepas tewas dua perlawanan terdahulu, mempamer aksi cemerlang terutamanya dalam acara beregu untuk memastikan kemenangan tatkala kebangkitan dramatik Bangsar Hawks dalam aksi perseorangan lelaki terakhir tidak memadai untuk membantu mereka mengelakkan kekalahan keduaĀ  berturut-turut.

Bekas juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim menghadiahkan permulaan sempurna buat Petaling Jaya apabila menang 3-0 (11-2, 11-5, 11-6) ke atas Wan Mas Ami namun Bangsar Hawks bangkit mengikat kedudukan 3-3 menerusi perseorangan wanita Maria Febe yang mudah menewaskan Milicent Wiranta 11-7, 11-9, 11-3.Ā 

Dominasi Petaling Jaya dalam acara beregu, bermula dengan pasangan beregu campuran Songphon Anugritayawon/Woon Khe Wei yang berada dalam kelas tersendiri apabila memerlukan hanya 12 minit untuk mencatat kemenangan mudah 11-2, 11-2, 11-2 seterusnya memberi pendahuluan 6-3 kepada Petaling Jaya.

Beregu lelaki yang pertama kali bergandingan, Darren Isaac/Vountus Indramawan menampilkan persefahaman mantap untuk melakar kemenangan 3-1 (11-7, 11-10, 6-11, 11-6) ke atas Ahmad Zaid/Leo Weng Hao dan memastikan kemenangan sah milik Petaling Jaya tanpa perlu menunggu keputusan aksi perseorangan lelaki terakhir.

Darren yang membuat penampilan sulung di kejohanan ini berkata, ā€œAgak gementar pada mulanya, kerana ini perlawanan pertama saya dalam Purple League. Lawan memberikan tentangan yang sengit. Selepas kami mendahului 2-0, mereka cuba bangkit dan menekan kami. Tetapi saya perlu akui keserasian dengan Vountus banyak membantu kami untuk beraksi lebih yakin, dia banyak memberi tunjuk ajar dan ianya bagus untuk bermula dengan kemenangan.ā€

Menuju ke aksi terakhir dengan ketinggalan 4-9 dan sudahpun sah tewas bagaimanapun tidak menghalang pemain perseorangan Bangsar Hawks, Thomi Azizan untuk tampil dengan aksi bertenaga, apabila dia menjelmakan kebangkitan dramatik ā€“ bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2 (7-11, 8-11, 11-10, 11-9, 11-7) ke atas Andre Martens.Ā 

Di sebalik kekalahan ini, jurulatih Bangsar Hawks, Razif Sidek masih mampu tersenyum.

ā€œPada saya, pengalaman adalah faktor pemisah utama. Pemain kami rata-ratanya muda dan masih mentah, dan mereka tetap cuba memberi tentangan sebaik mungkin. Dalam acara beregu lelaki misalnya, mereka boleh menang tetapi kurang pengalaman dan mahu menamatkan permainan terlalu cepat, akhirnya kita kalah.

ā€œLihat semangat yang ada pada Thomi (Azizan), dia mahu menang walaupun sudah di ambang kekalahan. Kekalahan adalah proses pembelajaran dan pemain perlu manfaatkannya,ā€ ujar pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1992 di Barcelona itu. Ā 

Bangsar Hawks akan turun menentang Cheras BC pada Sabtu manakala Petaling Jaya yang turut mempunyai Datoā€™ Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat dalam senarai mereka akan menentang Ampang Jaya pada hari yang sama.

- Advertisement -