PFA Malaysia membentuk barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2017-2019 dengan Rezal Zambery Yahya dipilih sebagai presiden pada Mesyuarat Agung Dua Tahunan kali ke-2 pada 25 November lalu di Olympic Sports Hotel, Kuala Lumpur.
Menurut Rezal Zambery Yahya atas pemilihan beliau selaku Presiden yang baharu, beliau telah melahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui kempimpinan PFA Malaysia yang beliau sifatkan sebagai sebuah organisasi yang kukuh.
“PFA Malaysia berjaya membentuk dan melantik ahli jawatankuasa bagi sesi 2017-2019 untuk meneruskan legasi PFAM yang sebelum ini kukuh dan kuat bagi melaksanakan amanah sebagaimana legasi yang ditinggalkan oleh jawatankuasa sebelum ini.” jelas beliau selepas mesyuarat exco pertama PFAM di Alor Setar pada Sabtu.
Menurutnya, antara muka baharu yang dipilih sebagai exco adalah Mohd Razman Roslan dan Badrol Bakhtiar serta exco PFAM bagi sesi 2015-2017, Rudie Ramli kini dipilih sebagai Bendahari persatuan.
“Ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa terdahulu seperti Amirizdwan Taj Tajudin dan Khairul Fahmi Che Mat yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi demi membela nasib pemain bola sepak di negara kita. Terima kasih atas khidmat yang telah diberikan.”
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL MALAYSIA SESI 2017-2019
PRESIDEN
Rezal Zambery Yahya
TIMBALAN PRESIDEN
Hairuddin Omar
SETIAUSAHA
Ahmad Fauzi Saari
BENDAHARI
Rudie Ramli
AHLI JAWATANKUASA
Mohd Fairuz Abdul Aziz
Shahrom Kalam
Mohd Razman Roslan
Baddrol Bakhtiar
- Advertisement -