Musim 2018 pastinya padat buat pemain pemain golf dari benua Eropah dan Amerika Syarikat yang akan memburu slot untuk beraksi di Piala Ryder yang akan berlangsung pada penghujung September depan.

Kapten pasukan Eropah, Thomas Bjorn antara yang paling sibuk menyusun perancangan dan memantau pemain pemain terbaik dari seluruh negara Eropah untuk dibawa ke Perancis kelak.

Kehadiran Piala Eurasia yang berlangsung dua tahun sekali ini jelas sekali membantu pemain berusia 46 tahun ini untuk mengasah bakatnya dalam mempersiapkan diri untuk ke Piala Ryder.

Namun permulaan bagi calendar 2018 bukan perkara mudah buat Bjorn, kerana pemain pemain kebiasaannya akan berdepan masalah prestasi.

ā€œSegalanya bergantung kepada pasukan dan pemain pemain yang dipilih. Tugas saya adalah menyusun strategi yang akan digunakan.

ā€œSaya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemain dan akan diuji sebelum saya umumkan 12 pemain yang terpilih.

ā€œAda lima pemain yang saya telah adakan perbincangan tetapi segalanya masih belum muktamad,ā€kata Thomas Bjorn.

Pemain kelahiran Denmark ini sudah sinonim dengan lapangan golf di Kelab Golf Glenmarie Subang (GGCC) kerana sudah pernah beraksi ketika Piala Eurasia edisi sulung pada 2014.

ā€œLapangan di sini bukan yang terpanjang di dunia tetapi mempunyai tahaop kesukaran yang berbeza beza dan sudah tentu ia akan mencipta satu suasana yang hebat untuk pemain pemain selain cuba mencipta birdie.

Sebelum meluangkan masa bersama sama media bagi sesi soal jawab disebelah petang, Thomas Bjorn turut meluangkan masa bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disebelah pagi.

Piala Eurasia 2018 dijadual bermula dari 12 hingga 14 Januari 2018 merupakan kejohanan edisi ketiga dianjurkan.

Turut hadir di Majlis Taklimat Media Bersama Thomas Bjorn adalah Pengerusi Profesional Golf Malaysia (PGM) Tun Ahmad Sarji Abd Hamid.

Kapten bagi pasukan Asia, Arjun Atwal pula dijangka akan tiba di Malaysia dan mengumumkan senarai pemain bagi pasukannya pada penghujung bulan November.

Kejohanan ini akan menggunakan format permainan seperti Piala Ryder dimana 24 pemain daripada pasukan Eropah dan Asia akan bermain menggunakan format fourballs dan foursome diikuti stroke play pada hari terakhir untuk menentukan juara.

Edisi 2014, pasukan Eropah yang diketuai Miguel Angel Jimenez dan Thongchai Jaidee pula sebagai kapten bagi pasukan Asia berkongsi kedudukan selaku juara selepas terikat 10 sama.

Manakala dua tahun berikutnya, pasukan Eropah yang dipimpin Darren Clarke mengatasi pasukan Asia yang diketuai Jeev Milkha Singh menang dengan keputusan 18 Ā½ – 5 Ā½.

Bagi 2018, Thomas Bjorn akan mengetuai cabaran bagi pasukan Eropah manakala Arjun Atwal akan memimpin pasukan Asia.

Sementara itu, Pengerusi Profesional Golf Malaysia (PGM) Tun Ahmad SarjiĀ  Abdul Hamid yang juga pengerusi kejohanan berkata persiapan berjalan mengikut perancangan.

ā€œSebuah jawatankuasa telah ditubuhkan, dan saya sendiri menjadi pengerusinya. Penilaian terhadap lapangan telah pun dibuat oleh Pengarah Jelajah Eropah, David Gallan dan telah pun dilawati oleh Thomas Bjorn pagi tadi.

ā€œLapangan golf di sini telah mendapat pegiktirafan bahawa ia sesuai untuk digunakan bagi kejohanan yang akan diadakan pada Januari tahun depan,ā€kata Tun Ahmad Sarji.Ā 

- Advertisement -