Misi Selangor untuk memburu trofi Piala Malaysia kali ke 34 tampak bermula dengan perlahan susulan keputusan seri dua sama dengan Felda United FC di Stadium Shah Alam.

The Red Giants mendahului The Fighters dua kosong di babak pertama perlawanan ,bermula dengan gol pembukaan oleh Syazwan Zainon di minit 32 sebelum penyerang import Ifedayo Omosuyi melebarkan jurang gol tujuh minit kemudian.

Pelawat bagaimanapun bangkit dengan gol pantas di minit 38 menerusi Christie Jayaseelan sebelum Khairul Amri Kamal menyumbat gol penyamaan menerusi penalti untuk menghampakan Selangor dilaman sendiri.

Kedudukan bagi kumpulan D bagi aksi pembukaan Piala Malaysia bakal diketahui selepas perlawanan diantara Melaka United dan PDRM berlangsung malam ini.

Dalam pada itu, saingan kumpulan C didominasi Pahang yang meraih tiga mata selepas menang 3-1 ke atas Pulau Pinang di Kuantan.

Pelawat terlebih dahulu memecah kebuntuan sekaligus mendahului Pahang menerusi rembatan padu Julian Bottaro di minit ke-50.

Namun, Tok Gajah menyamakan kedudukan menerusi penalti Dickson Nwakaeme di minit 63 sebelum Mohamadou Sumareh meletakkan Pahang didepan 2-1 di minit 63.

Muslim Ahmad menutup sisa perjuangan Pulau Pinang dengan tandukan di minit 84 untuk memastikan Pahang menerajui kumpulan C.

Kumpulan B menyaksikan PJ City FC meraih tiga mata pertama selepas menewaskan PKNP FC 2-1.

 

 

Melayan kunjungan PKNP FC, PJ City mendahului permainan seawal minit ke-11 menerusi Pedro Henrique Cortes.

 

 

PKNP FC menyamakan kedudukan di minit ke-37, hasil sepakan percuma  Pedro Victor, namun Elizeu memastikan PJ City meraih tiga mata berharga ketika perlawanan berbaki sembilan minit menuju penamat.

Masih segar dengan gelaran juara Piala FA, Kedah mengekalkan momentum kemenangan dalam aksi kumpulan saingan Piala Malaysia selepas menundukkan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi Kumpulan A, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Lang Merah menggegar gawang N Sembilan seawal minit ke 3 menerusi Fernando Rodriguez yang menyudahkan hantaran lintang Azammuddin Akil.

Kedah mengukuhkan kedudukan apabila Shakir Hamzah melakar nama selaku penjaring kedua pada minit ke-72.

Ferris Danial merapatkan jurang pada minit ke-77 untuk tuan rumah, namun penalti oleh Jonatan Bauman memastikan kemenangan mutlak untuk Kedah.

- Advertisement -