Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang dijadual berlangsung dari 23 September hingga 3 Oktober depan terpaksa ditunda ke tahun depan susulan pandemik COVID-19 selain faktor kelembapan ekonomi global.

Menerusi kenyataan, Pengerusi jawatankuasa pengelola kejohanan, Datuk Abd Rahim Md Arif berkata penangguhan kejohanan edisi ke-29 itu yang sebelum ini dipinda ke penghujung September berbanding jadual asal, 11-18 April.

Covid 19 dilihat menjejaskan persiapan termasuk latihan melibatkan pasukan pasukan yang dijemput sebelum turun ke Ipoh untuk beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.

Malah, seri kejohanan Piala Sultan Azlan Shah bakal hilang andai kejohanan terpaksa dijalankan dalam suasana tertutup meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah ditamatkan.

Pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak membenarkan sebarang perhimpunan besaran melebihi 10 orang diadakan selain mana mana acara sukan yang melibatkan sentuhan badan atau body contact seperti bola dan ragbi juga tidak boleh dilaksanakan ketika ini.

 

- Advertisement -