Aksi pembukaan skuad Piala Thomas negara dalam saingan kumpulan D berakhir dengan langkah kanan selepas menundukkan Kanada 5-0 sekaligus mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

Perseorangan utama negara Lee Zii Jia memerlukan 38 minit untuk menundukkan pemain nombor 39 dunia Brian Yang straight set 21-18, 21-13 untuk mata pertama negara.

Mata kedua negara hadir menerusi perseorangan kedua, Cheam June Wei yang menundukkan pemain ranhking ke 46 dunia, Jason Anthony Ho-Sue juga dengan kemenangan straight setĀ 21-14, 21-14.

Pemain muda dalam pembikinan, Ng Tze Yong membalas kepercayaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan jurulatih pada penampilan sulungnya dengan mengatasi B.R. Sankeerth 21-7, 21-19 dalam masa 42 minit untuk menghadiahkan mata ketiga sekaligus mengesahkan slot suku akhir milik Malaysia.

Turun selepas itu gandingan Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang nyata tidak menghadapi masalah untuk menundukkan gandingan Philippe Charron-Maxime Tetreault 21-7, 21-10.

Satu lagi gandingan bergu lelaki, Aaron Chia-Goh Sze Fei menutup aksi pembukaan negara dengan kemenangan kelima selepas menewaskan pasangan Sankeerth-Nyl Yakura 21-14, 21-13.

Malaysia akan berdepan Jepun bagi penentuan juara / naib juara kumpulan D pada Khamis.

- Advertisement -