Saingan Piala Thomas 2022 hampir sampai kekemuncakknya di mana kem Malaysia terus mempamer aksi yang positif apabila mengesahkan status sebagai juara kumpulan D selepas menundukkan Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan semalam.

Lima wakil negara yang diturunkan nyata tidak mahu berputih mata dengan Jepun untuk memastikan Malaysia menutup saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan.

Perseorangan lelaki, Lee Zii Jia terus membuktikan beliau sememangnya berada di tahap yang terbaik termasuk mendahului lawannya 10-0 di set kedua sebelum mengesahkan kemenangan straight set 21-17, 21-8.

Kejutan berlaku di set kedua apabila gandingan ke 13 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melakar kemenangan pertama selepas tiga pertemuan ke atas Takuro Hoki Yugo Kobayashi juga dengan kemenangan straight set 21-19, 21-16.

Nasib berbeza dialami perseoranga kedua, Darren Liew yang terpaksa bergelut dengan kecederaan di set kedua sebelum akur tewas kepada Kanta Tsuneyama 16-21, 20-22.

Gandingan scratch pair, Aaron Chia-Teo Ee Yii cemerlang meletakkan Malaysia didepan 3-1 selepas tidak berdepan masalah untuk menewaskan Akira Koga-Yuta Watanabe 21-17, 22-20.

Kejayaan yang dilakar pemain pemain gagal diikuti Leong Jun Hao yangtewas ditangan Kenta Nishimoto dalam aksi perseorangan ketiga, 6-21, 21-19, 15-21 sekaligus menutup kemenangan 3-2 memihak Malaysia.

Undian suku akhir yang dijalankan pada awal pagi tadi menyaksikan Malaysia diundi menentang naib juara kumpulan C, India. Perlawanan dijangka berlangsung pada jam 8 (waktu Malaysia) malam hari ini 

- Advertisement -