Tamat saingan Playoff 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 dimana Dylan Ooi Ding Sheng mencuri tumpuan pada hari terakhir apabila ā€˜dinaikkan pangkatā€™ ke kumpulan A dalam kedudukan bagi pasukan remaja kebangsaan.

Ketika saingan 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan yang berlangsung pada Oktober lalu, pemain kelahiran Pulau Pinang ini menamatkan saingan selaku naib juara kumpulan B.

Pemain berusia 16 tahun ini melakar kemenangan ke atas Eogene Ewe Eon dalam aksi tiga set 23, 21, 8-21, 22-20.

ā€œSaya pernah tewas teruk kepada dia (Eogene) ketika Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Oktober lalu tetapi hari ini saya berjaya menewaskannya sekaligus membalas dendam dan memperoleh slot untuk ke kumpulan A.

ā€œSaya perlu terus tingkatkan kemampuan kerana berjaya naik ke kumpulan A selepas dua tahun duduk di kumpulan B serta berlawan dengan pemain pemain senior akan menaikkan lagi semangat saya,ā€kata Dylan.

Sementara itu juara bagi kumpulan A&B perseorangan lelaki milik, V Poopathi yang menang ke atas Anson Cheong 21-9, 21-10 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua tiga perlawanan ke kumpulan A

ā€œSudah tentu saya berpuashati kerana menang dalam kesemua perlawanan dan berada dalam kumpulan A akan memberikan saya lebih peluang untuk bermain dengan pemain pemain yang lebih senior dan berpengalaman.

ā€œSudah tentu cabaran akan menjadi lebih tinggi dan saya perlu tingkatkan lagi corak permainan di dalam gelanggang serta fizikal di masa akan datang,ā€ kata Poopathi.

Manakala Anson Cheong dan Eogene Ewe Eon akan disenarai di dalam kumpulan B

Dalam saingan kumpulan A&B perseorangan perempuan, Khor Jing Wen melengkapkan slot dua pemain ke kumpulan A selepas menamatkan saingan ditangga kedua.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas Joanne Ng May Yin 22-20, 20-22, 21-12.

ā€œSaya tidak terlalu memikirkan tentang kekalahan semalam kerana ia akan menjejaskan prestasi dan menyebabkan saya tewas untuk kali kedua.

ā€œPermainan terakhir hari ini masih belum cukup baik untuk saya kerana pergerakkan kaki dan teknik yang masih lemah,ā€kata Khor Jing Wen

Siti Nurshuhaini Azman yang telah pun layak ke kumpulan A mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua tiga perlawanan selepas menundukkan Loh Zhi Wei 21-14, 21-13.

Saingan perseorangan lelaki kumpulan B&C perseorangan lelaki menyaksikan Low Han Chen dan Ferdinan Ramno layak ke kumpulan B manakala Lok Hong Quan dan Aaron Tai yang menghuni tangga ke 3 dan 4 akan berada di kumpulan C.

Carmen Ting Wei Wen dan Oo Shan Zi juga dinaik taraf ke kumpulan B selepas mendominasi saingan Perseorangan wanita kumpulan B&C.

Carmen Ting muncul juara kumpulan B&C dengan 3 mata berjaya diraih hari ini selepas menundukkan Oo Shan Zi 21-17, 21-18.

Manakala Chong Jie Yue dan Tan Sheng Ting akan berada di dalam kumpulan C.

Kee Is Qian dan Lee Yen Wei pula akan mengisi slot kumpulan C selepas mengungguli dua kedudukan teratas dalam kumpulan C&D perseorangan lelaki sementara dua pemain terbawah, V Tamilarasu serta Kong Teck jon akan berada di dalam senarai pemain pemain kumpulan D.

Perseorangan perempuan kumpulan C&D pula menyaksikan Shaneesa Shahidi dan Lily Wong akan disenarai dalam kumpulan C selepas menamatkan playoff dikedudukan dua teratas sementara Noraqilah Maisarah Ramdan serta Tan Zhing hui akan mengisi kedudukan bagi kumpulan D selepas menghuni dua kedudukan terbawah.

Ā Playoff 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020Ā dilangsungkan secara tertutup di Stadium Juara, Bukit Kiara melibatkan pemain pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia, ABM pada Julai lalu.

 

Keputusan Perlawanan dan KedudukanĀ 

Kumpulan A & B Perseorangan Lelaki

Dylan Ooi Ding Sheng ā€“ Eogene Ewe Eon (23-21, 8-21, 22-20)Ā 
V Poopathi ā€“ Anson Cheong (21-9 21-10)

 

Kumpulan A & B Perseorangan Perempuan

Siti Nurshuhaini Azman – Loh Zhi Wei (21-14 21-13)Ā 
Khor Jing Wen ā€“ Joanne Ng May Yin (22-20, 20-22, 21-12)Ā 

 

Kumpulan B & C Perseorangan Lelaki

Lok Hong Quan ā€“ Aaron Tai (21-16 21-12)Ā 
Low Han Chen – Ferdinan Ramno (21-16 21-18)Ā 

 

Kumpulan B & C Perseorangan Perempuan

Carmen Ting – Oo Shan Zi (21-17, 21-18)
Chong Jie Yu – Tan Shen Thing (21-16 21-18)Ā 

 

Kumpulan C & D Perseorangan Lelaki

Lee Yen Wei ā€“ Kong Teck Joon (21-14, 17-21, 21-11)Ā 
Kee Is Qian – V Tamilarasukumar (Walkover)Ā 

Kumpulan C & D Perseorangan PerempuanĀ 

Noraqilah Maisarah Ramdan ā€“ Shaneesa Shahidi (21-15, 10-21, 21-17)
Wong Lily – Tan Zhing Hui (Walkover)

Kedudukan Pemain

Kumpulan A & B Perseorangan Lelaki
Pemain / MataĀ 

1 V Poopathi 3Ā mata
2 Dylan Ooi Ding ShengĀ  2 mata

3 Eogene Ewe Eon 1Ā mata
4 Anson Cheong 0Ā mata

(nota : Dua pemain teratas ke kumpulan A, dua pemain terbawah ke kumpulan B)

 

Kumpulan A & B Perseorangan PerempuanĀ 

Pemain / Mata
1 Siti Nurshuhaini Azman 3Ā mata
2 Khor Jing Wen 2Ā mata

3 Loh Zhi Wei 1Ā mata
4 Joanne Ng May Yin 0Ā mata

(nota : Dua pemain teratas ke kumpulan A, dua pemain terbawah ke kumpulan B)

Kumpulan B & C Perseorangan Lelaki

Nama / MataĀ Ā 

1 Low Han Chen 3Ā mata
2 Ferdinan Ramno 2Ā mata

3 Lok Hong Quan 1Ā mata
4 Aaron Tai 0 mata

(nota : Dua pemain teratas ke kumpulan B, dua pemain terbawah ke kumpulan C)

 

Kumpulan B & C Perseorangan PerempuanĀ 

Nama / MataĀ Ā 

1 Carmen Ting 3Ā mata
2 Oo Shan Zi 2Ā mata

3 Chong Jie Yu 1Ā mata
4 Tan Shen Thing 0 mata

(nota : Dua pemain teratas ke kumpulan B, dua pemain terbawah ke kumpulan C)

Kumpulan C & D Perseorangan Lelaki

Nama / MataĀ 

Ā 1 Kee Is Qian 2Ā mata
2 Lee Yen Wei 1Ā mata

3 Kong Teck Joon 1Ā mata
4 V Tamilarasukumar 0Ā mata

(nota : Dua pemain teratas ke kumpulan C, dua pemain terbawah ke kumpulan D)

Kumpulan C & D Perseorangan Perempuan

Nama / MataĀ 

1 Shaneesa Shahidi 1Ā mata
2 Lily Wong 1Ā mata

3 Noraqilah Maisarah Ramdan 1 mata
4 Tan Zhing Hui 0

(nota : Dua pemain teratas ke kumpulan C, dua pemain terbawah ke kumpulan D)

- Advertisement -