Selepas mengungguli saingan kejohanan badminton 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 Oktober lalu, Siti Nurshuhaini Azman tekad untuk memanfaatkan aksi playoff untuk mendapatkan suasana pertandingan.

Kejohanan Playoff 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 dijadual bermula dari 4 hingga 6 November di Stadium Juara Bukit Kiara.

Dua pemain terbaik bagi kumpulan B, C dan D perseorangan lelaki dan perempuan akan bersaing dengan dua pemain tercorot bagi kumpulan A, B,C dan D secara round robin di perlawanan playoff untuk menentukan ranking pemain pemain.

Siti Nurshuhaini muncul juara peringkat kumpulan B sekaligus bakal bersaing untuk memburu slot ke Divisyen 1

“Sudah tentu saya bersedia untuk beraksi di playoff pada Rabu ini dan sebagai persiapan awal, saya melakukan latihan tambahan untuk mendapatkan rentak dan suasana pertandingan,”kata Shuhaini.

Namun pemain berusia 16 tahun ini mengakui cabaran bagi saingan playoff ini lebih sengit dan melihat Khor Jing Wen sebagai pencabar utama untuknya mendominasi perseorangan perempuan kumpulan A dan B.

Selain Shuhaini dan Jing Wen, turut sama berada dalam kumpulan A dan B adalah Loh Zhi Wei dan Joanne Ng May Yin.

Jing Wen pula berpendapat semua pemain dalam kumpulan ini pastinya mahu menamatkan sainagn dikedudukan teratas sekaligus meletakkan nama di dalam kelompok  Divisyen 1.

Jin Wen menamatkan saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 Oktober lalu dikedudukan ketiga didepan Joanne Ng.

“Sudah tentu saya mahukan nombor satu dan pemain pemain lain juga mahukannya. Apa yang penting untuk saya adalah nasihat daripada jurulatih untuk memperbaiki setiap kesilapan selepas perlawanan.”

“Saya juga menumpukan latihan fizikal yang dilihat masih belum cukup bagus sebelum turun beraksi,”kata Khor Jing Wen.

Pertandingan  akan dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia, ABM pada Julai lalu.

- Advertisement -