Penganjur jelajah La Vuelta Espana 2020 memutuskan untuk memendekkan jumlah peringkat perlumbaan termasuk mengeluarkan Portugal daripada laluan perlumbaan.

Perlumbaan yang sepatutnya berlangsung pada 14 ogos ditunda ke Oktober 20 malah dikurangkan tiga peringkat berbanding 21 peringkat perlumbaan.

Andai Portugal dikeluarkan, dua peringkat perlumbaan akan dikeluarkan menjadikan jumlah peringkat perlumbaan menjadi 16.

Portugal menjadi negara kedua yang terpaksa dikeluarkan daripada peta perlumbaan La Vuelta selepas Belanda.

Pengarah La Vuelta, Javier Guillen terpaksa membuat pengumuman tentang perubahan bagi perlumbaan ini berikutan keadaan semasa yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini.

Pihaknya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dan memastikan saingan La Vuelta 2020 berjalan dengan rancak selain mengekalkan hubungan melibatkan semua pihak yang telah terlibat sejak sekian lama.

Peringkat ke 15 dijangka tamat diantara Porto dan Matosinhos manakala lokasi permulaan peringkat terakhir yang sepatutnya diadakan di bandar Viseu dibatalkan.

Lokasi baru telah dikenalpasti dan dipersetujui, malah ia akan diumumkan selepas profil laluan dimuktamad sepenuhnya. 

19 pasukan berstatus world tour dan tiga pasukan jemputan atas tiket wild card akan mengambil bahagian dalam saingan La Vuelta.

 

- Advertisement -