chong.wei

Oleh Muhammad Aiman

Berikutan penamat musim yang mengecewakan buat Datoā€™ Lee Chong Wei setelah tersingkir di peringkat suku akhir Finals SuperSeries Dunia di Dubai semalam, program latihan pemain itu bakal dirombak.

Itu jaminan jurulatih pemain nombor satu dunia itu, Hendrawan bagi memastikan Chong Wei terus kekal berada pada prestasi terbaik setidak-tidaknya sehingga ke Kejohanan Badminton Dunia yang akan berlangsung Ogos 2017.

Chong Wei gagal melangkah ke separuh akhir setelah tewas kepada bintang Denmark, Victor Axelsen 21-14, 14-21, 19-21 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, yang juga kekalahan pertamanya kepada pemain itu dalam 10 pertemuan.

Dia yang merupakan juara Final SuperSeries sebanyak empat kali, turut tewas buat pertama kali dalam tempoh empat tahun kepada pemain Korea Selatan, Son Wan Ho ketika aksiĀ  pembukaan.

Menurut Hendrawan, ā€œKita harus menerima kekalahan Chong Wei, dia tidak berada pada tahap terbaiknya. Kudratnya tidak seperti sebelum Sukan Olimpik pada Ogos lalu dan ianya lebih mudah untuk pemain-pemain muda menewaskannya.

ā€œAxelsen bertindak bijak mengelak bermain di jaring pada set kedua. Dia banyak menolak bulu tangkis ke belakang dan mengajak Chong Wei bermain rally. Taktik itu jelas membuahkan hasil buatnya.ā€

Chong Wei yang bermain di kejohanan pertamanya sejak kembali dari kecederaan harmstring dialaminya Oktober lalu, bangkit daripada ketinggalan 14-17 untuk mengikat kedudukan 17-17 di set penentuan namun kerja kerasnya itu sia-sia setelah servisnya kandas di jaring pada kedudukan 19-20 sekaligus memberikan kemenangan kepada Axelsen.Ā 

ā€œKita boleh belajar dari kekalahan ini. Kita harus mencari jalan untuk seimbangkan latihan intensiti tinggi, pemulihan dan mengelak kecederaan. Ianya bukan mudah untuk menjadi jurulatih Chong Wei pada ketika usianya ini.

ā€œTerdapat risiko kecederaan jika saya mengerahnya terlalu keras ketika latihan manakala prestasinya akan jatuh jika saya tidak melakukannya. Kita perlu usahakan satu kaedah terbaik,ā€ kata Hendrawan.

Tambah jurulatih dari Indonesia yang bertanggungjawab memulihkan semula prestasi Chong Wei yang jatuh gara-gara isu doping tahun lalu, ā€œDia akan bermain di All England pada Mac, itu akan memberikannya cukup masa untuk berehat dan pemulihan. Kejohanan Dunia adalah sasaran utamanya tahun depan.ā€

- Advertisement -