20151127-Puchong United BC-Cheng Wen Hsing & Wong Fai Yin-002

20151127-Klang United BC-Coach-001
Puchong United BC kembali ke landasan kemenangan setelah membenam cabaran Klang United 15-6 dalam aksi peringkat kumpulan Purple League di Sports Arena@Sentosa.

Puchong United yang dilabel sebagai antara pasukan pilihan di kejohanan ini ekoran barisan pemain berkelas dunia yang mereka miliki, membuktikan mereka memiliki ramuan yang cukup untuk mencabar kejuaraan apabila menang kesemua lima perlawanan meskipun beraksi tanpa kekuatan penuh.

Ketiadaan pemain Thailand, Tanongsak Saemsombongsook memberi ruang kepada pemain muda, Syed Akhbar Shah untuk beraksi buat pertama kali dan pemain itu tampak sedikit gugup apabila melepaskan kelebihan 2-0 dan membenarkan lawan bangkit menyamakan kedudukan 2-2, sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 dalam masa 40 minit.

ā€œIa bukan permainan sebenar saya, saya sedikit kecewa. Saya agak perlahan dan membenarkan pemain lawan untuk menyerang. Ia tidak sepatutnya berlaku, saya perlu lebih fokus dan perbaiki permainan menyerang saya selepas ini,ā€ kata Syed Akhbar.

Pemain perseorangan wanita, Pai Yu Po melebarkan kelebihan buat Puchong United apabila mengambil masa 31 minit untuk menewaskan Yap Rui Chen 3-1 diikuti kemenangan pasangan beregu campuran Cheng Wen Hsing/Wong Fai Yin ā€“ juga dengan keputusan 3-1.

Fai Ying yang bergandingan dengan Christina Pedersen dalam dua perlawanan lepas, tidak bermasalah untuk membentuk persefahaman baik bersama Wen Hsing untuk menang 11-7, 5-11, 11-10, 11-8 ke atas Juhi Dewangan/Venkat Gaurav seterusnya meletakkan Puchong United selesa di depan dengan kedudukan 9-4.

Kemenangan mudah 3-0 beregu lelaki, Lee Jae Jin/Yoo Yoon Seong dalam masa hanya 15 minit memastikan Puchong menang perlawanan ini dengan berbaki satu aksi untuk diharungi.

Namun Klang United ternyata tidak mahu menyerah dengan mudah apabila perseorangan lelaki mereka, Gurusaidutt Rajan tampil dengan aksi bertenaga untuk mencuri dua mata dari perlawanan terakhir menentang Hsueh Hsuan Yi untuk keputusan muktamad 15-6 berpihak kepada Puchong United.

Jurulatih Klang United yang juga bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Yap Kim Hock berkata, ā€œIanya pendedahan yang baik buat pemain. Selain beregu lelaki yang mana pasangan muda kita tewas kepada pemain mereka yang berpengalaman luas, saya rasa perlawanan agak seimbang, pemain-pemain lain cuba memberi tentangan dan beraksi sebaik mungkin.

Ianya adalah kekalahan kedua buat Klang United dari tiga perlawanan, dan mereka akan turun menentang pendahulu Muar City BC pada Ahad manakala Puchong United yang melonjak ke tangga ketiga hasil kemenangan ini pula akan berdepan Kepong BC juga pada Ahad.

- Advertisement -