Eoon Qi Xuan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua tiga perlawanan sekaligus mengesahkan status sebagai juara perseorangan wanita 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir hari ini.

Perlawanan terakhir bagi kategori perseorangan wanita diantara Eoon Qi Xuan dan K Lethsaana menjadi tumpuan bagi penentuan juara dan naib juara.

Qi Xuan nyata sukar untuk ditandingi K Letshaana yang menutup perlawanan terakhir dengan kemenangan straight set 21-10, 21-18.

“Saya berpuas hati dapat menang kesemua perlawanan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengawal mental agar tidak terlalu gopoh memtikan perlawanan.

“Namun, kedudukan saya dengan pemain senior masih lagi jauh dan perlukan latihan terutama kekuatan kaki,” kata Qi Xuan.

Satu lagi aksi perseorangan wanita, Myisha Mohd Khairul menundukkan Tang Zhing Yistraight set 21-14, 21-10 untuk menduduki tangga ke 3.

Sementara itu dalam aksi perseorangan lelaki, Justin Hoh melakar kemenangan ketiga selepas menundukkan Ong Ken Yon 22-20, 21-10 sekaligus merampas kedudukan teratas dan tampak hampir pasti untuk bergelar juara.

 Beliau berkongsi 3 mata dengan Wyman Goh yang turut mencatat kemenangan ke atas Ter Chun Long 21-18, 21-14.

“Sudah tentu saya gembira ketika ini tetapi saya tidak mahu terlalu tertekan menjelang perlawanan esok.

“Walaupun saya adalah pemain paling muda dalam kumpulan perseorangan lelaki, saya mahu buktikan kepada jurulatih yang telah memberi kepercayaan dan keyakinan,”kata Justin Hoh.

Saingan bergu lelaki pula menyaksikan gandingan senior, Lwi Sheng Hao/Yap Roy King mengesahkan status sebagai juara manakala satu lagi pasangan senior, Choong Hon Jian/Nur Firdaus Azman menamatkan saingan kumpulan bergu lelaki di tangga kedua.

Saingan bagi bergu wanita menjadi milik Teoh Mei Xing-Yap Ling yang melakar kemenangan dalam kesemua dua perlawanan sekaligus mengungguli carta kedudukan.

Aksi terakhir hari ini, Mei Xing dan Yap Ling dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan gandingan Pearly Tan-Toh Ee Wei dalam aksi tiga set, 21-17, 18-21, 21-18)

“Saya gembira kerana seblum ini jika bermain dengan pemain remaja, kami akan bermain dengan tekanan. Tetapi kali ini tiada tekanan dan bermain mengikut corak permainan yang dirancang.

“Bergandingan sejak 2018, gandingan kami semakin baik berbanding sebelum ini kami sukar untuk bermain bersama,”kata Teoh Mei Xing.

Keputusan perlawanan
Perseorangan lelaki

Lee Shun Yang – Jacky Kok Jing Hong (21-13, 21-10)
Wyman Goh – Ter Chun Long (21-18, 21-14)
Justin Hoh – Ong Ken Yon (22-20, 21-10)

Perseorangan wanita

Myisha Mohd Khairul – Tan Zhing Yi (21-14, 21-10)
Eoon Qi Xuan – K. Letshaana (21-10, 21-18)
 

Bergu lelaki

Muhd Haikal Nazri/Wan Muhd Arif Wan Junaidi – Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe (20-22, 21-16, 21-18)
Lwi Sheng Hao/Yap Roy King – Choong Hon Jian/Nur Firdaus Azman (walked over)

Bergu wanita

Low Yeen Yuan/Valeree Siow – Cheng Su Yin/Goh Pei Kee (walked over)
Teoh Mei Xing/Yap Ling – Pearly Tan/Toh Ee Wei (21-17, 18-21, 21-18)

- Advertisement -