afc selangor

Selangor tidak rela berputih mata dilaman sendiri ketika melayakn kunjungan kelab dari Singapura, Tampines Rovers bagi perlawanan kedua Piala AFC 2016 kumpulan E.

Pengendali The Red Giants, Zainal Abidin Hassan agak gelisah susulan beberapa tonggak utamanya yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Pemain pertahanan Robert Cornwraith antara pemain yang mungkin diketepikan manakala Ahmad Hazwan Bakri masih dipantau tahap kecergasannya.

Zainal Abidin sedikit lega apabila pemain sayap kelahiran Indonesia, Andik Vermansyah akan disenaraikan untuk mengemudi jentera serangan.

Malah, Zainal mengharapkan moral pemain di tahap terbaik susulan kekalahan kepada PDRM sekaligus tersingkir daripada saingan Piala FA.

‘Mereka perlu lupakan kekalahan Piala FA, saya sudahpun menyampaikan mesej yang jelas kepada pemain pemain, mereka perlu memberikan tumpukan dan persembahan yang terbaik dalam saingan Piala AFC. Saya juga perlu memastikan pemain pemain yang dipilih benar benar bersedia dari aspek fizikal dan mental.’ Kata Zainal Abidin Hassan.

Zainal juga mengharapkan barisan pertahanan khususnya agar tidak lalai sekaligus member peluang mudah kepada Tampines Rovers untuk mencipta gol.

Pemain pemain sudahpun tahu tugas masing masing untuk berdepan lawan yang mendahului kumpulan E susulan kemenangan 4-0 ke atas kelab dari Bangladesh, Lt. Sheikh Jamal Dhanmondi

Dalam pada itu, pengendali Tampines Rovers, V Sundramoorthy member bayangan saingan sengit bakal diberikan Selangor.

Bekas pengendali Lions Twelve dan Negeri Sembilan itu pastinya sudah punya percaturan untuk meraih tiga mata kerana sudah sinonim dengan liga Malaysia sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan.

Tampines Rovers menerajui kumpulan E dengan tiga mata, manakala Selangor dan kelab dari Filipina, Ceres La Salle FC berkongsi satu mata selepas kedua dua pasukan terikat dua sama dalam perlawanan pertama.

- Advertisement -